Connect with us

Terkini

Etika kewartawanan tidak dipeduli, fitnah berleluasa di media sosial – Menteri Agama

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad menggesa penyebaran fitnah menerusi media sosial dihentikan segera. 

Wartawan TMT

Published

on

Etika kewartawanan tidak dipeduli, fitnah berleluasa di media sosial - Menteri Agama
Foto: Datuk Idris Ahmad.
  • Penyebaran fitnah menerusi media sosial perlu dihentikan segera.
  • Trend hari ini menunjukkan terdapat aktiviti tidak bermoral di media sosial seperti laporan berita tidak sahih di mana sebahagiannya dikitar semula untuk menyemarakkan api kebencian dan kemarahan masyarakat.
  • Sekarang sesiapa sahaja bebas menjadi wartawan, mencari dan melaporkan berita. Tulis di Facebook dan media sosial kemudian viral. 
  • Etika kewartawanan tidak dipedulikan kerana mahu mensensasikan sesuatu isu.
  • Reputasi mangsa fitnah rosak hingga menyebabkan mereka tertekan seterusnya mengundang kepada perkara yang tidak diingini berlaku.

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad menggesa penyebaran fitnah menerusi media sosial dihentikan segera. 

Ini berikutan, trend hari ini menunjukkan terdapat aktiviti tidak bermoral di media sosial seperti laporan berita tidak sahih di mana sebahagiannya adakala dikitar semula dengan tujuan menyemarakkan api kebencian dan kemarahan dalam kalangan masyarakat.

Malah katanya, agensi-agensi Islam termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak terkecuali berhadapan dengan isu-isu tersebut. 

“Sebagai contoh isu berkaitan halal. Rupanya isu tersebut dikitar semula, ia telah berlaku lima tahun dahulu dan telah diselesaikan oleh JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri. Tetapi dek kerana di viralkan semula, akhirnya masyarakat jadi panik dan kecoh.

Sekarang sesiapa sahaja bebas menjadi wartawan. Mencari dan melaporkan berita. Tulis di Facebook dan media sosial sahaja. Kemudian viral. 

Lebih parah apabila etika kewartawanan langsung tidak dipedulikan kerana mahu mensensasikan sesuatu isu,” kata beliau pada Isnin bersempena dengan majlis pelancaran Kempen Hentikan Fitnah Di Media Sosial.

Beliau turut menambah bahawa hari ini menyerang peribadi seseorang telah menjadi satu perkara normal malah terdapat pihak yang sengaja melaga-lagakan beberapa pihak lain sehingga berlaku pergaduhan.

Advertisement

Susulan daripada itu juga, katanya masyarakat pada akhirnya terus-menerus leka menghabiskan masa di media sosial sehingga terlupa tentang dosa pahala dan akhlak moral. 

“Fitnah telah berlaku sejak berzaman dari dahulu lagi dan kini gejala fitnah sangat berleluasa di media sosial. Kita risau barah ini akan merebak kepada generasi muda dan takut akan dibawa oleh anak-anak kita dek kerana melihat contoh yang tidak baik daripada orang-orang dewasa.

Oleh itu, kita perlu menjadi pemutus kepada mata rantaian fitnah ini agar generasi yang akan datang dapat diselamatkan. 

Kesan buruk kepada mereka yang difitnah ini juga akan merosakkan reputasi individu tersebut dan menyebabkan mereka tertekan seterusnya mengundang kepada perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya yang turut menyeru pemain media bekerjasama dalam membanteras jenayah tersebut.

Justeru, Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama bersama JAKIM melancarkan Kempen Hentikan Fitnah di Media Sosial dalam usaha untuk memastikan masyarakat mendapat sebaran maklumat atau berita yang sahih dan betul.

Author

Terkini

Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK

Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
  • Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
  • “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 
  • “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.

“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 

“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.    

Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.

Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen. 

Advertisement

Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.

Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.

“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.

Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.

Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.

Advertisement

Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending