Connect with us

Terkini

Didakwa lakukan ‘Sexual Grooming’, bapa pelakon remaja tampil buat laporan polis

Bapa kepada seorang pelakon remaja membuat laporan polis susulan pendedahan dibuat anaknya di halaman perkongsian video, YouTube mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual dan penderaan bapanya baru-baru ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Didakwa lakukan ‘Sexual Grooming’, bapa pelakon remaja tampil buat laporan polis
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Susulan pendedahan pelakon remaja mengenai sikap bapanya di media sosial, bapa pelakon terbabit membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan.
  • Laporan polis dibuat di Balai Polis Bandar Baharu, Kedah, semalam.
  • Masih tiada laporan polis yang dibuat dari pelakon itu atau mana-mana pihak terbabit.

KUALA LUMPUR – Bapa kepada seorang pelakon remaja membuat laporan polis susulan pendedahan dibuat anaknya di halaman perkongsian video, YouTube mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual dan penderaan bapanya baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, lelaki terbabit membuat laporan berkaitan dakwaan anaknya itu di Balai Polis Bandar Baharu, Kedah pada Ahad.

“Setakat ini, tiada laporan diterima berkaitan perkara itu di Kuala Lumpur,” katanya ringkas ketika dihubungi pada Isnin.

Pelakon remaja berusia 15 tahun itu membuat pendedahan itu menerusi satu temu bual di YouTube ‘Bros Gang TV’ hingga menarik perhatian ramai.

Beliau mendakwa, bapanya pernah mengajaknya untuk menonton video lucah bersama dan mendakwa pernah beberapa kali diraba bapanya itu.

Sumber: Sinar Harian 

Author