Connect with us

Antarabangsa

[VIDEO] World Cup 2022, tiada nama Israel hanya Palestin

Penyokong pro-Palestin ‘salute’ Qatar kerana menyenaraikan Palestin bukannya Israel. Bahagian tempahan hospitaliti laman web Piala Dunia FIFA Qatar 2022 menyenaraikan ‘Palestin’ sebagai pilihan negara bukan Israel.

Wartawan TMT

Published

on

World Cup 2022 tiada nama Israel hanya Palestin
Foto: Stadium Qatar.

Piala Dunia: Penyokong pro-Palestin ‘salute’ Qatar kerana menyenaraikan Palestin bukannya Israel.

Bahagian tempahan hospitaliti laman web Piala Dunia FIFA Qatar 2022 menyenaraikan ‘Palestin’ sebagai pilihan negara bukan Israel.

Sebelum ini laman web itu meletakkan nama  ‘Wilayah Palestin yang dijajah’ sebelum ditukar kepada ‘Palestin’ .

Tindakan tersebut menerima pujian global daripada penyokong pro-Palestin.

Advertisement

Rata-rata komen netizen memuji tindakan Qatar dengan menyenaraikan Israel sebagai negara penjajah berikutan lebih 70 tahun zionis menduduki secara haram negara tersebut.

Author

Antarabangsa

Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia 

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

Wartawan TMT

Published

on

Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia 
Foto: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.
  • Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
  • Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia.
  • Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
  • Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.

NEW YORK – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia itu.

Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Pentas itu juga pertama kali menemukan Zelensky dengan wakil Russia, yang dilihat tidak berminat mengikuti ucapan pemimpin Ukraine itu, sebaliknya lebih menumpukan perhatian di telefon pintarnya.

Sehubungan itu, Zelensky menggesa PBB mengadakan undian bagi menamatkan kuasa veto Russia dalam UNSC.

Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.

Zelensky berkata langkah terbabit berupaya menjadi antara reformasi di UNSC, termasuk memberi status perwakilan tetap kepada negara membangun lain.

Advertisement

Sumber: Buletin TV3 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending