Connect with us

Terkini

Suri rumah ‘lelaki’ juga akan dilindungi dengan SKSSR

Kerajaan akan mengkaji langkah untuk memperluas aspek perlindungan dalam pelaksanaan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) kepada suri rumah ‘lelaki,’ kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.

Wartawan TMT

Published

on

Suri rumah ‘lelaki’ juga akan dilindungi dengan SKSSR
Foto: Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.
  • Kerajaan akan kaji langkah memperluas aspek perlindungan dalam pelaksanaan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) kepada suri rumah ‘lelaki,’ namun jumlah sebenar golongan tersebut perlu dikenal pasti terlebih dahulu.
  • “Perkara ini telahpun dibangkitkan dalam Jemaah Menteri. Kalau ikutkan budaya di Malaysia, majoriti lelaki adalah golongan bekerja,” – Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.
  • Sekiranya keperluan selepas kajian mendesak maka SKSSR seperti dalam Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 akan diperluas kepada kaum bapa.
  • SKSSR akan memberi keutamaan kepada golongan wanita bergelar suri rumah terlebih dahulu apabila ia berkuat kuasa pada 1 Disember 2022.

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengkaji langkah untuk memperluas aspek perlindungan dalam pelaksanaan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) kepada suri rumah ‘lelaki,’ kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan perlu mengenal pasti jumlah sebenar lelaki di negara ini yang menjadi suri rumah.

“Perkara ini telahpun dibangkitkan dalam Jemaah Menteri. Kalau ikutkan budaya di Malaysia, majoriti lelaki adalah golongan bekerja,” katanya ketika sidang akhbar di Wisma Pembangunan Sumber Manusia Berhad di sini pada Rabu.

Beliau berkata, sekiranya keperluan selepas kajian mendesak maka SKSSR seperti dalam Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 akan diperluas kepada kaum bapa, lapor Bernama.

Katanya, buat masa ini, SKSSR akan memberi keutamaan kepada golongan wanita yang bergelar suri rumah terlebih dahulu apabila ia berkuat kuasa pada 1 Disember 2022.

Rang undang-undang itu diluluskan di Dewan Negara pada 9 Ogos lepas bagi melaksanakan SKSSR membabitkan sejumlah 150,000 wanita yang berdaftar di bawah i-Suri dengan kerajaan membuat caruman untuk mereka.

Mengulas lanjut, beliau berkata, SKSSR adalah secara sukarela dan para suami tidak wajib mencarum untuk isteri masing-masing serta tiada tindakan akan diambil terhadap suami yang gagal berbuat demikian.

Advertisement

Bagaimanapun, beliau berkata, suami boleh didenda tidak melebihi RM10,000 jika mereka sudah mula membayar caruman tetapi gagal meneruskannya.

Katanya, suami terbabit boleh berbincang atau membuat permohonan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) jika berdepan masalah dalam pembayaran caruman agar tidak dikenakan denda.

Menyentuh mengenai pindaan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) yang meningkatkan gaji siling daripada RM4,000 kepada RM5,000 sebulan untuk mencarum di bawah skim itu, Saravanan berkata, ia akan berkuat kuasa pada 1 September depan.

Beliau berkata, pindaan dalam Rang Undang-Undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2022 akan meningkatkan faedah yang diterima oleh pekerja selain menambah baik liputan keselamatan sosial.

“Caruman Perkeso tidak berubah sejak 1971. Maka dengan kenaikan caruman ini, pekerja juga dapat faedah yang lebih tinggi,” katanya.

Datuk Seri M Saravanan juga berkata, jumlah maksimum caruman oleh pekerja ialah RM7 dan minimum RM0.70.

Advertisement

Rang Undang-Undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2022 diluluskan oleh Dewan Negara pada 9 Ogos lepas melibatkan tiga pindaan terhadap peruntukan sedia ada termasuk Jadual Kedua Perenggan 2 (kadar caruman jenis pertama dan kedua) serta Jadual Ketiga Perenggan 8 (kadar faedah merangkumi Elaun Mencari Pekerjaan, kadar Elaun Bekerja Semula Awal, kadar Elaun Pendapatan Berkurangan, Elaun Latihan dan Fi Latihan). 

Sumber : Bernama

 

 

Author

Advertisement

Terkini

DBKL tarik balik larangan jual arak

Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
  • Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
  • Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong dalam temubual dengan Sin Chew Daily berkata, sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
  • “Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
  • “Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
  • Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
  • Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.

KUALA LUMPUR – Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.

Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong berkata sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.

Katanya, larangan penjualan minuman keras di tempat makan yang tidak halal itu dilihat sebagai peraturan terlalu ketat.

“Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.

“Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.

Di bawah garis panduan dilaksanakan pada 1 November 2021, DBKL melarang kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina di Kuala Lumpur daripada menjual minuman keras.

Advertisement

Bagaimanapun, pelanggan masih dibenarkan membeli bir dari premis itu dari 7 pagi hingga 9 malam.

Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.

Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya. 

“Malah ia dilakukan berikutan kes kemalangan maut yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang menjadi kebimbangan masyarakat dalam negara ketika itu.

“Malang sekali apabila bahagian perlesenan DBKL telah mengambil keputusan mengundur semula ke belakang (reversal). 

“Malah, keputusan menarik balik garis panduan berkenaan turut mendapat sokongan padu sebahagian pemimpin utama daripada DAP,” katanya dipetik Harakah Daily.

Advertisement

Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Razak Ramli berkata keputusan penarikan balik larangan itu akan membawa kepada lebih banyak masalah sosial.

“Umat Islam perlu bangkit melihat sikap sambil lewa kerajaan terhadap isu ini yang telah mengambil langkah ke belakang terhadap isu arak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan Abdul Razak mendapat respons Ahli Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Kasthuri Patto yang meminta beliau tidak menumpukan perhatian terhadap perkara itu.

Kashturi dilaporkan media sebagai berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan sepatutnya memberi tumpuan kepada unsur salah guna kuasa, rasuah, diskriminasi dan ketidakadilan. – The Merdeka Times

Author

Advertisement
Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending