Antarabangsa
Selepas lebih 50 jam serangan rejim zionis, gencatan senjata dicapai di Gaza
Selepas lebih dua hari serangan rejim zionis ke atas Gaza, akhirnya gencatan senjata dicapai antara Israel dan kumpulan Islamic Jihad di wilayah terkepung itu.
- Gencatan senjata dicapai di Gaza berkuatkuasa 11.30 malam semalam waktu tempatan.
- Mesir bertindak sebagai orang tengah dalam perjanjian damai antara Israel dan kumpulan Islamic Jihad.
- Dianggarkan 44 orang awam pejuang Islam terbunuh dalam serangan yang didakwa rejim Israel sebagai serangan “pre-emptive”.
- Syarat-syarat gencatan senjata di Gaza itu masih belum didedahkan kepada umum.
BAITULMAQDIS – Selepas lebih dua hari serangan rejim zionis ke atas Gaza, akhirnya gencatan senjata dicapai antara Israel dan kumpulan Islamic Jihad di wilayah terkepung itu.
Gencatan senjata itu berkuatkuasa jam 11.30 malam waktu Gaza semalam.
Agensi berita antarabangsa CNN melaporkan Mesir menjadi orang tengah dalam gencatan senjata/ perjanjian damai itu.
Pengumuman gencatan senjata itu dibuat kira-kira 50 jam selepas serangan dilancarkan rejim Israel yang disasarkan kepada sasaran Islamic Jihad di Gaza.
Dianggarkan 44 orang awam dan pejuang Islam terbunuh dalam serangan yang didakwa sebagai serangan “pre-emptive” itu.
Pegawai Palestin memaklumkan 15 daripada yang terkorban adalah kanak-kanak.
Setakat ini, syarat-syarat gencatan senjata di Gaza itu masih belum didedahkan kepada umum.
Menurut laporan berita dari Mesir, Kaherah sedang mengusahakan pembebasan Islamic Jihad yang ditahan Israel enam hari lalu susulan perjanjian damai itu.
Mereka juga memindahkan seorang tahanan Palestin yang mogok lapar dari penjara Israel ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Sumber: CNN
Antarabangsa
Jururawat bantu Gaza selepas 7 Oktober ditahan pihak berkuasa Perancis
Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
- Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
- Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
- Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
- Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.
Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
Seorang Ahli Parlimen dari parti La France Insoumise (LFI), Thomas Portes memaklumkan bahawa Maarifi telah dibebaskan daripada tahanan.
“Penggeledahan rumah di hadapan keluarganya tidak meragukan niat menakut-nakutkan suara yang bangkit menyokong rakyat Palestin dan tuntutan segera gencatan senjata,” tulis ahli parlimen itu di platform X.
Maarifi sebelum ini hadir di perhimpunan pro-Palestin di Perancis untuk berkongsi pengalaman tentang keadaan kritikal disaksikannya di Gaza.
Dia juga menyatakan tuntutan gencatan senjata segera di Gaza dan pemboikotan ke atas syarikat-syarikat menyokong Israel.
Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.
Lebih 40,800 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dibunuh rejim zionis Israel dan hampir 94,300 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kezaliman, fasisme ambil alih jika kaum majoriti memerintah negara kenyataan fitnah, melampau — Presiden WAFIQ
-
Kolumnis2 days ago
Kenapa negeri lain perlu memasukkan kuasa Mahkamah Syariah di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri?
-
Terkini3 days ago
China tuntut Malaysia segera hentikan aktiviti di perairan kaya minyak berhampiran Sarawak
-
Terkini3 days ago
Kezaliman, fasisme berlaku jika ‘tangan’ majoriti perintah negara kenyataan fitnah berniat jahat – MP PKR