Connect with us

Antarabangsa

Menteri Britain sokong serangan Israel ke atas Gaza

Menteri Pertahanan Pakistan Khawaja Asif membidas kenyataan pro-Israel Setiausaha Luar Britain, Liz Truss yang berpihak kepada Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Menteri Pertahanan Pakistan Khawaja Asif
Foto: Menteri Pertahanan Pakistan Khawaja Asif.
  • Menteri Pertahanan Pakistan Khawaja Asif membidas kenyataan pro-Israel Setiausaha Luar Britain, Liz Truss yang berpihak kepada Israel.
  • Dalam kenyataan mengenai insiden pengeboman terbaharu Israel di Semenanjung Gaza, Truss merujuk kepada “korban di kedua-dua belah pihak” dan mengutuk serangan “kumpulan pengganas yang mensasarkan orang awam.”
  • “UK menyokong Israel, dan haknya untuk mempertahankan diri,” – menteri Britain.
  • “Menyokong apartheid, dan negara pengganas menjadikan anda bersekongkol dalam jenayah Pendudukan,” – Asif menerusi ciapan di Twitter.
  • Tentera Israel telah membunuh lebih 40 rakyat Palestin, termasuk 15 kanak-kanak, dan mencederakan ratusan orang menerusi serangan udara di Gaza.

NEW DELHI: Menteri Pertahanan Pakistan Khawaja Asif membidas kenyataan pro-Israel Setiausaha Luar Britain, Liz Truss yang berpihak kepada Israel.

Dalam ucapannya mengenai insiden pengeboman terbaharu Israel di Semenanjung Gaza, Truss merujuk kepada “korban di kedua-dua belah pihak” dan mengutuk serangan “kumpulan pengganas yang mensasarkan orang awam,” menerusi ciapan oleh Pejabat Luar dan Komanwel pada Sabtu.

“UK menyokong Israel, dan haknya untuk mempertahankan diri,” kata menteri Britain itu, menurut Bernama.

Tentera Israel telah membunuh lebih 40 rakyat Palestin, termasuk 15 kanak-kanak, dan mencederakan ratusan orang menerusi serangan udara di Gaza.

Menteri Pakistan dalam ciapannya di Twitter pada Isnin mengecam kenyataan Truss kerana berpihak kepada Israel.

Ciapan Twitter bidas Britain

“Menyokong apartheid, dan negara pengganas menjadikan anda bersekongkol dalam jenayah Pendudukan.

“Satu abad sejak Deklarasi Balfour, kezaliman tiada penghujung. Palestin terus berdarah,” kata Asif.

Deklarasi Balfour, yang dibuat oleh setiausaha luar Britain ketika itu, Arthur Balfour, adalah ikrar bertulis oleh Britain pada 1917 untuk mewujudkan “tanah air bagi Yahudi” di Palestin walaupun jumlah orang Yahudi kurang 10 peratus daripada populasi penduduknya.

Sumber : Bernama

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending