Connect with us

Terkini

Menghendap, penjara tiga tahun! – Pindaan akta menghendap sebagai jenayah

Pindaan Kanun Keseksaan (Akta 574) bagi memasukkan perbuatan menghendap sebagai satu jenayah dibentang untuk kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Wartawan TMT

Published

on

akta menghendap akan dikategorikan jenayah
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sebelum ini terdapat cadangan kerajaan untuk menjadikan perbuatan menghendap sebagai satu jenayah dan usaha itu dimulakan dengan penubuhan Jawatankuasa Anti-Stalking sejak 2019.
  • Pindaan Kanun Keseksaan (Akta 574) bagi memasukkan perbuatan menghendap sebagai satu jenayah dibentang untuk kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
  • RUU itu juga menyatakan sesiapa yang melakukan kesalahan menghendap hendaklah dihukum penjara sehingga tiga tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

KUALA LUMPUR: Pindaan Kanun Keseksaan (Akta 574) bagi memasukkan perbuatan menghendap sebagai satu jenayah dibentang untuk kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 itu bertujuan memasukkan seksyen baharu 507a ke dalam Akta 574 untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan menghendap.

“Sesiapa yang berulang kali dengan apa-apa tindakan gangguan, berniat untuk menyebabkan, atau mengetahui atau sepatutnya mengetahui bahawa perbuatan itu berkemungkinan menyebabkan, merisaukan, menakutkan atau mencemaskan akan keselamatan orang itu, melakukan kesalahan menghendap,” menurut naskah biru yang diedarkan di Parlimen.

RUU itu juga menyatakan sesiapa yang melakukan kesalahan menghendap hendaklah dihukum penjara sehingga tiga tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Sehubungan itu, RUU yang bertujuan meminda Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) turut dibentang.

Menurut RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 2022 itu antaranya, memasukkan bab baharu Xa ke dalam Akta 593 untuk memberi mahkamah kuasa, atas permohonan, untuk mengeluarkan suatu perintah perlindungan terhadap seseorang yang sedang disiasat bagi atau dipertuduh dengan kesalahan menghendap di bawah seksyen baharu 507a Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Mas Ermieyati Samsuddin ketika membentangkan RUU berkenaan berkata bacaan kali kedua, kedua-dua RUU tersebut akan dibentang pada persidangan akan datang.

Sebelum ini terdapat cadangan kerajaan untuk menjadikan perbuatan menghendap sebagai satu jenayah.

Usaha itu telah dimulakan dengan penubuhan Jawatankuasa Anti-Stalking sejak 2019.

Sumber : Bernama

Author

Teruskan Membaca

1 Comment

  1. Avatar

    Mohd nazaruddin

    August 4, 2022 at 8:48 pm

    Report sprm.mgkn ada unsur rasuah atau salah guna kuasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria

Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
  • Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria. 
  • Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
  • Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.

Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.

Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria. 

Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.

Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.

Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.

Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.

Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.

Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending