Terkini
Mengaku ‘Pegawai Imigresen’ samun dan rogol pekerja asing
Selepas dirogol, ditinggalkan di tepi jalan. Seorang wanita warga Indonesia disamun dan diperkosa individu mengaku ‘Pegawai Imigresen’ yang membawanya ke sebuah hotel sebelum mangsa ditinggalkan di tepi jalan.

- Seorang wanita warga Indonesia berumur 30-an yang bekerja sebagai tukang cuci dirogol oleh dua orang penjenayah yang mengaku sebagai ‘Pegawai Imigresen’.
- Selepas dirogol, mangsa ditinggalkan di tepi jalan, pagi kelmarin.
- Kejadian berlaku ketika mangsa bersama rakan senegaranya dalam perjalanan ke tempat kerja di Pandan Indah.
AMPANG – Selepas dirogol, ditinggalkan di tepi jalan.
Seorang wanita warga Indonesia disamun dan diperkosa individu mengaku ‘Pegawai Imigresen’ yang membawanya ke sebuah hotel sebelum mangsa ditinggalkan di tepi jalan.
Kejadian berlaku pada jam 6.50 pagi sewaktu mangsa yang bekerja sebagai tukang cuci bersama seorang lagi rakan senegaranya dalam perjalanan ke tempat kerja di Pandan Indah.
Mangsa dan rakan senegaranya disamun membabitkan kerugian keseluruhan lebih RM4,000.
Katanya, kedua lelaki itu memberitahu mahu membuat pemeriksaan passport dan permit kerja lalu meminta mangsa dan rakannya menaiki kereta. Ketika dalam perjalanan, suspek mengambil barang kemas dan wang tunai mangsa sebelum ditinggalkan di tepi jalan, manakala rakannya dibawa ke sebuah hotel di Balakong dan dirogol.
Mangsa tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang. Susulan laporan tersebut polis menjalankan siasatan dan menahan kedua-dua suspek di Jasin, Melaka.
Serbuan jam 3 pagi berjaya merampas wang tunai, barang kemas, kenderaan dan pakaian yang digunakan suspek ketika kejadian.
Seorang suspek pertama berusia 40 tahun mempunyai 18 rekod jenayah lampau. Manakala suspek kedua mempunyai 13 rekod lampau termasuk satu dikehendaki.
Kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Ampang bagi permohonan reman.
Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan dan Seksyen 170 kanun yang sama kerana menyamar sebagai penjawat awam.
