Connect with us

Terkini

MAIS ambil masa enam bulan kaji impak Bon Odori terhadap kemaslahatan ummah

Keputusan kajian penganjuran Festival Bon Odori di Selangor dijangka mengambil tempoh masa selama enam bulan.

Wartawan TMT

Published

on

MAIS ambil masa enam bulan kaji impak Bon Odori terhadap kemaslahatan ummah
Foto: Dr Ahmad Shahir Makhtar (kiri), sumber Sinar Harian.
  • Kajian penyelidikan Bon Odori diketuai seorang ketua penyelidik bersama lima lagi penyelidik lain daripada pelbagai universiti.
  • Kumpulan penyelidik melaksanakan skop kajian di beberapa negeri termasuk Selangor, Pulau Pinang dan telah pun sampai ke Jepun untuk melihat sendiri festival tersebut.
  • Kajian penyelidikan itu meliputi beberapa bidang dan tumpuan utama kemaslahatan ummah yang melibatkan sosial dan ekonomi di negeri Selangor.
  • “Kita menunggu hasil kajian ini bagi mengenal pasti unsur keagamaan dan kebudayaan terhadap sambutannya di Malaysia dan negara Jepun,” – Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

SHAH ALAM – Keputusan kajian penganjuran Festival Bon Odori di Selangor dijangka mengambil tempoh masa selama enam bulan.

Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata, kajian yang mula dilaksanakan pada 8 Julai lalu itu perlu dilaksanakan secara terperinci sepertimana perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurut beliau, penyelidikan itu diketuai seorang ketua penyelidik bersama lima lagi penyelidik lain daripada pelbagai universiti.

“Kumpulan pensyarah (penyelidik) terlibat mesti melengkapkan kajian mereka dalam tempoh enam bulan.

“Dari segi gerak kerja penyelidikan ini, ia sama seperti kajian lain yang sedang dan telah MAIS laksanakan sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Perjanjian Penyelidikan Tahun 2022 dan Serahan Laporan Hasil Penyelidikan Tahun 2021 di Dewan Anggerik, Hotel De Palma, Seksyen 19 di sini pada Jumaat.

Ahmad Shahir berkata, hasil penyelidikan berkaitan festival yang dihasilkan itu diharap dapat diselesaikan secara lebih mendalam.

Ujar beliau, bagi memenuhi keperluan itu, kumpulan penyelidik itu turut melaksanakan skop kajian di beberapa negeri termasuk Selangor, Pulau Pinang dan telah pun sampai ke Jepun untuk melihat sendiri festival tersebut.

“Kita menunggu hasil kajian ini bagi mengenal pasti unsur keagamaan dan kebudayaan terhadap sambutannya di Malaysia dan negara Jepun,” katanya.

Ahmad Shahir berkata, sehingga kini MAIS telah menghasilkan kajian penyelidikan berkaitan isu hal ehwal Islam di negeri ini bermula tahun 2019.

Beliau memberitahu, kajian penyelidikan itu meliputi beberapa bidang dan tumpuan utama kemaslahatan ummah yang melibatkan sosial dan ekonomi di negeri Selangor.

“Antara tumpuan skop pengajian ialah perkara-perkara yang melibatkan akidah, syariah, dakwah, perundangan keluarga, tadbir urus dan muamalat.

“Melalui kajian yang dijalankan, MAIS adalah sebagai pusat sehenti bagi melaksana dan menyelia setiap penyelidikan yang ingin dijalankan oleh Jabatan-Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor, agensi dan anak syarikat MAIS,” katanya.

Sumber: Sinar Harian 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending