Connect with us

Antarabangsa

Gereja Anglikan di Australia berbeza pendapat berhubung ‘perkahwinan songsang’

Gereja Anglikan di Australia berbeza pendapat berhubung persoalan sama ada perkahwinan hanya antara lelaki dan wanita selain berdepan isu bishop-bishop yang tidak selari dengan ajaran Anglikan sebenar.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Gereja Anglikan di Australia berbeza pendapat berhubung 'perkahwinan songsang'
Foto: Archbishop Geoffrey Smith dari Gereja Anglikan Adelaide, sumber ACNS News Service.
  • Ramai penganut Anglikan merasakan gereja Australia telah menyimpang daripada ajaran kitab Injil.
  • Archbishop Geoffrey Smith dari Gereja Anglikan Adelaide melabelkan langkah itu “membingungkan”.
  • Satu mesyuarat Sinode Umum pada Mei lalu menolak untuk menerima perkahwinan sama jenis.

AUSTRALIA – Gereja Anglikan di Australia berbeza pendapat berhubung persoalan sama ada perkahwinan hanya antara lelaki dan wanita selain berdepan isu bishop-bishop yang tidak selari dengan ajaran Anglikan sebenar.

Keuskupan Salib bahagian Selatan dilancarkan secara rasminya di Canberra pada Ahad lalu, di mana bekas Archbishop Anglikan di Sydney, Glenn Davies dinamakan sebagai bishopnya yang pertama. 

“Saya rasa kita akan nampak Keuskupan Salib bahagian Selatan memberi impak yang besar,” kata seorang lelaki berumur 71 tahun kepada Sydney Morning Herald, yang turut memaklumkan bahawa ramai penganut Anglikan merasakan gereja Australia menyimpang daripada ajaran kitab Injil.

Archbishop Geoffrey Smith dari Gereja Anglikan Adelaide melabelkan langkah itu sebagai “membingungkan” dalam satu kenyataan diterbitkan khamis lalu.

Satu mesyuarat Sinode Umum yang “diadakan Mei tahun ini dengan jelas mengesahkan pandangan bahawa perkahwinan adalah antara seorang lelaki dan wanita serta menolak untuk menerima perkahwinan sama jenis,” kata Smith. 

“Ia agak mengelirukan, oleh itu pemimpin gerakan perbezaan menyatakan sebab bagi denominasi baru ini sebagai kegagalan Sinode Umum untuk memberi pendapat secara jelas terhadap kebenaran perkahwinan sama jenis,” katanya.

Walaubagaimanapun, percubaan kumpulan bishop-bishop Sydney untuk mengesahkan perkahwinan hanya antara seorang lelaki dan wanita diundi secara tipis di sebuah sinode pada Mei, menyebabkan risiko perpecahan dalam isu definisi perkahwinan itu.

Sumber: Catholic News Agency

 

Author