Antarabangsa
Persatuan Gereja Anglikan Selatan Global (GSFA) tidak menyokong kahwin sesama jenis di Persidangan Lambeth 2022
Ketua Persatuan Anglikan cuba untuk mengukuhkan pendirian mereka terhadap perkahwinan sesama jenis, namun cubaan itu tidak dipersetujui beberapa bishop lain.
- Persatuan Gereja Anglikan Selatan Global (GSFA) hadir ke persidangan Lambeth 2022 bersama agenda menentang perkahwinan sesama jenis.
- “Kita mungkin boleh ‘berkumpul bersama’, namun jelas sekali kita tidak boleh ‘berjalan bersama’,” kata Justin Badi, bishop dari Sudan Selatan.
Ketua Persatuan Anglikan cuba untuk mengukuhkan pendirian mereka terhadap perkahwinan sesama jenis, namun cubaan itu tidak dipersetujui beberapa bishop lain.
Kontroversi itu tercetus ketika Persidangan Lambeth 2022 iaitu persidangan yang jarang-jarang diadakan di mana para bishop dari seluruh dunia berkumpul.
Persatuan Gereja Anglikan Selatan Global (GSFA) — yang menganggap diri mereka sebagai “persatuan bishop anglikan ortodoks dalam kalangan persatuan anglikan seluruh dunia” turut hadir ke persidangan itu dengan agenda tegas menentang perkahwinan sesama jenis.
“Kami selalu merasakan seolah-olah suara kami tidak didengari dan tidak dihormati,” kata Primate Sudan Selatan Rev. Justin Badi kepada The Church Times dipetik Fox News semalam.
“Hari ini di Canterbury, kita mungkin boleh ‘berkumpul bersama’ tetapi jelas sekali kita tidak boleh ‘berjalan bersama’ sehingga prinsip yang bertentangan dengan kitab suci dan persetujuan para bishop kembali kepada ortodoks dan bertaubat,” kata Justin Badi.
Sumber: Fox News
Antarabangsa
Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
- Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
- Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.
Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.
Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.
Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times