Connect with us

Terkini

Murtadkan anak-anak Muslim: Mana-mana agama tidak dibenarkan penukaran agama sepihak – Peguam

Mana-mana agama tidak dibenarkan untuk melakukan penukaran agama secara sepihak atau unilateral bagi mereka yang masih bawah umur.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Murtadkan anak-anak Muslim: Mana-mana agama tidak dibenarkan penukaran agama sepihak – Peguam
Foto: Peguam, Aidil Khalid.
  • Mana-mana agama tidak dibenarkan untuk melakukan penukaran agama secara sepihak atau unilateral bagi mereka yang masih bawah umur.
  • Peguam, Aidil Khalid berkata sekiranya mengikut keputusan Mahkamah Persekutuan membabitkan kes Indira Gandhi, mahkamah mengatakan untuk tujuan penentuan agama kanak-kanak di bawah umur mesti mendapat persetujuan ibu dan bapa kandung selagi mana mereka masih hidup.
  • “Jadi tidak timbul persoalan sama ada dia hanya terpakai apabila kanak-kanak non-Muslim ditukarkan kepada agama Islam ataupun dia terpakai kepada non-Muslim tidak timbul persoalan itu sebab mahkamah tidak memberikan beza di antara dia bertukar dari agama mana kepada agama mana,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Semalam, TMT melaporkan seorang lelaki Muslim membuat laporan polis mendakwa tiga anak tirinya yang masih bawah umur dimurtadkan bekas suami kepada isterinya di sebuah gereja terkemuka di Malaysia tanpa pengetahuan isterinya itu.
  • Aidil berkata terdapat dua isu dalam kes itu iaitu keabsahan penukaran agama sepihak oleh bapa dan yang kedua wujud pengembangan agama bukan Islam kepada kelompok Muslim apabila kanak-kanak dan bapanya dimurtadkan.

KUALA LUMPUR — Mana-mana agama tidak dibenarkan untuk melakukan penukaran agama secara sepihak atau unilateral bagi mereka yang masih bawah umur.

Peguam, Aidil Khalid berkata sekiranya mengikut keputusan Mahkamah Persekutuan membabitkan kes Indira Gandhi, mahkamah mengatakan untuk tujuan penentuan agama kanak-kanak di bawah umur mesti mendapat persetujuan ibu dan bapa kandung selagi mana mereka masih hidup.

“Jadi tidak timbul persoalan sama ada dia hanya terpakai apabila kanak-kanak non-Muslim ditukarkan kepada agama Islam ataupun dia terpakai kepada non-Muslim tidak timbul persoalan itu sebab mahkamah tidak memberikan beza di antara dia bertukar dari agama mana kepada agama mana,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times (TMT) di sini hari ini.

Beliau mengulas sama ada keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2018 yang menyatakan penukaran agama kanak-kanak bawah umur hanya dibenarkan dengan kebenaran ibu dan bapa, diguna pakai hanya untuk mereka yang memasuki agama Islam sahaja atau bagi mana-mana agama.

Semalam, TMT melaporkan seorang lelaki Muslim membuat laporan polis mendakwa tiga anak tirinya yang masih bawah umur dimurtadkan bekas suami kepada isterinya di sebuah gereja terkemuka di Malaysia tanpa pengetahuan isterinya itu.

Laporan itu diterima TMT selepas pengasas NGO Multiracial Reverted Muslims, Firdaus Wong Wai Hung pada Isnin lalu mendedahkan terdapat seorang lelaki Muslim dan anak-anaknya didakwa dimurtadkan di gereja terkemuka sebelum berkahwin di cawangan gereja itu yang terletak di Kuala Lumpur.

Mengulas isu di atas, Aidil berkata terdapat dua isu dalam kes terbabit iaitu keabsahan penukaran agama sepihak oleh bapa dan yang kedua wujud pengembangan agama bukan Islam kepada kelompok Muslim apabila kanak-kanak dan bapanya dimurtadkan.

Beliau berkata sekalipun mendapat persetujuan ibu dan bapa anak-anak tetap tidak boleh dimurtadkan kerana tiada kebebasan mengembangkan agama bukan Islam kepada penganut agama Islam di negara ini.

Katanya, tindakan mengembangkan agama bukan Islam adalah jenayah yang boleh dihukum di bawah enakmen negeri-negeri tertentu, misalnya di Selangor, mengembangkan agama bukan Islam kepada kanak-kanak Islam bawah umur boleh dihukum penjara setahun atau dikenakan denda. 

“Di negeri lain pun ada cuma empat negeri sahaja belum ada enakmen kawalan pengembangan agama bukan Islam ini di Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

“Tapi ia bergantung juga di gereja mana dia buat pembaptisan tu kalau misalnya di negeri Selangor, maka boleh diambil tindakan di bawah enakmen kawalan agama Selangor, kalau di negeri Pahang boleh dibuat di bawah enakmen di Pahang. 

“Kalau di Wilayah Persekutuan belum ada lagi untuk dikuatkuasakan tetapi masih tetap boleh dicabar penukaran agama itu sebab dibuat secara sepihak oleh bapa, apatah lagi dia memurtadkan anak-anak Islam,” kata Aidil.

Beliau berkata melalui enakmen itu pertuduhan boleh dikenakan ke atas bapa yang memurtadkan kanak-kanak tersebut dan paderi atau pihak gereja yang membaptiskan juga boleh dituduh dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara atau denda.

Katanya, pihak berkuasa agama perlu memastikan kanak-kanak dan bapa itu diberikan kaunseling atau pendidikan untuk kembali kepada agama Islam.

“Kalau laporan itu betul dan memandangkan laporan polis pun dah buat maka kita minta pihak berkuasa segera mengambil tindakan dan menahan mana-mana pihak yang perlu diambil keterangan dan kemudian ini adalah isu kepentingan awam jangan didiamkan diletakkan bawah karpet mesti diberikan penjelasan kepada orang awam apa perkembangan berkenaan kes ini.

“Sekiranya ada kelompongan mana-mana penguatkuasaan ataupun perundangan sedia ada, contohnya tidak dapat mengambil apa-apa tindakan sebab enakmen tertentu belum digubal maka pihak berkuasa kena usahakan dan percepatkan untuk gubal dan meluluskan enakmen kawalan (pengembangan) agama bukan Islam,” kata Aidil yang juga Naib Presiden 2 Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia. — The Merdeka Times

Author