Connect with us

Antarabangsa

China haramkan perkahwinan sejenis, pasangan gay kahwin ‘online’ di aplikasi zoom

Sepasang kekasih gay di China mengambil keputusan untuk berkahwin secara maya menerusi aplikasi Zoom.

Wartawan TMT

Published

on

China haramkan perkahwinan sejenis, pasangan gay kahwin ‘online’ di aplikasi zoom
Foto: Sepasang kekasih gay di China.
  • Pasangan gay dari China berkahwin dibawah undang-undang Utah, Amerika Syarikat menerusi aplikasi Zoom.
  • Perkahwinan maya dilakukan pada tengah malam 10 Oktober oleh Timbalan Kerani Daerah Utah.
  • Mereka mengambil keputusan tersebut kerana China tidak membenarkan perkahwinan sejenis.
  • Mereka mahukan “pengiktirafan rasmi” untuk hubungan mereka, walaupun ikatan perkahwinan mereka masih tidak sah di China.

Sepasang kekasih gay di China mengambil keputusan untuk berkahwin secara maya menerusi aplikasi Zoom.

Pasangan tersebut, Honjian Duan, 29, dan Zhenyu Yang, 23, mengakui yang mereka memendam hasrat untuk berkahwin sejak dua tahun lalu.

China mengharamkan perkahwinan sesama jantina. Namun,pasangan gay yang berasal dari daerah Chongqing itu mengetahui bahawa mereka boleh “bersatu” menerusi undang-undang Utah, salah satu daerah paling konservatif di Amerika Syarikat.

Menurut Duan, walaupun ia tidak akan diakui secara sah di China, perkahwinan yang dilakukan oleh Pejabat Lesen Perkahwinan Daerah Utah di Provo itu sekurang-kurangnya akan memberikan “pengiktirafan rasmi” tentang hubungan songsang mereka.

Perkahwinan mereka dilakukan secara atas talian pada tengah malam 10 Oktober oleh Ben Frei, Timbalan Kerani Daerah Utah yang telah mengahwinkan puluhan pasangan sejenis dari China. Panggilan video itu turut disertai oleh ibubapa Duan.

 Sumber: Washington Post

Author

Antarabangsa

‘Watchlist FBI’ sasar orang Islam, 12 warga AS saman Jabatan Kehakiman

Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Wartawan TMT

Published

on

‘Watchlist FBI’ sasar orang Islam, 12 warga AS saman Jabatan Kehakiman
Foto: Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah,.
  • Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
  • Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.
  • Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”
  • “Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.
  • Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.

Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.

Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”

“Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.

Tuntutan itu juga mendakwa plaintif berdepan kemudaratan, penghinaan awam, pengawasan, gangguan dalam perjalanan, penafian pekerjaan dan “secara efektif dibuang oleh AS”. 

Saman itu turut menegaskan walaupun dikeluarkan dari senarai pemantauan FBI itu, mereka tetap akan mengalami kesan negatif seumur hidup yang bakal memudaratkan mereka.

Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.

Advertisement

Bercakap kepada pemberita di New Jersey, Khairullah berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengapa namanya berada dalam senarai pemantauan itu dan tidak juga diperjelaskan jika namanya sudah dikeluarkan. 
Sumber: Anadolu Ajansı

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending