Connect with us

Terkini

Bekerja 45 jam seminggu, dikuatkuasa 1 September ini

Pindaan bagi Akta Kerja 1955 berhubung pengurangan waktu bekerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam akan dikuatkuasakan bermula 1 September ini, lapor Bernama pada Selasa.

Wartawan TMT

Published

on

Bekerja 45 jam seminggu
Foto: Sumber Bernama.
  • Pindaan Akta Kerja 1955 berhubung pengurangan waktu bekerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam dikuatkuasakan bermula 1 September ini.
  • Pindaan itu bagi menjaga kebajikan pekerja dan memberi fleksibiliti waktu bekerja, selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
  • Ia juga memperkenalkan seksyen baharu mengenai aturan kerja fleksibel membolehkan pekerja memohon pada majikan untuk melaksanakan pekerjaan ikut kesesuaian waktu kerja, hari bekerja atau tempat kerja termasuk bekerja dari rumah bagi situasi terdesak seperti pandemik COVID-19.
  • “Setakat hari ini, tiada cadangan atau libat urus untuk kita tetapkan empat hari bekerja di peringkat kementerian,” – Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim.

KUALA LUMPUR – Pindaan bagi Akta Kerja 1955 berhubung pengurangan waktu bekerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam akan dikuatkuasakan bermula 1 September ini, lapor Bernama pada Selasa.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim ketika memberitahu perkara itu di Dewan Negara pada Selasa berkata pindaan itu adalah bagi menjaga kebajikan pekerja dan memberi fleksibiliti waktu bekerja, selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Selain itu, pindaan ini juga memperkenalkan seksyen baharu mengenai aturan kerja fleksibel untuk bolehkan pekerja memohon pada majikan bagi melaksanakan pekerjaan ikut kesesuaian waktu kerja, hari bekerja atau tempat kerja termasuk bekerja dari rumah bagi situasi terdesak seperti pandemik COVID-19.

“Setakat hari ini, tiada cadangan atau libat urus untuk kita tetapkan empat hari bekerja di peringkat kementerian,” katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Nasir Hashim berhubung pendirian kerajaan mengenai empat hari bekerja dalam tempoh seminggu terutama dalam sektor swasta, pada sesi soal jawab di Dewan Negara.

Sumber : Bernama

 

Advertisement

Author

Terkini

DBKL tarik balik larangan jual arak

Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
  • Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
  • Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong dalam temubual dengan Sin Chew Daily berkata, sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
  • “Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
  • “Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
  • Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
  • Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.

KUALA LUMPUR – Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.

Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong berkata sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.

Katanya, larangan penjualan minuman keras di tempat makan yang tidak halal itu dilihat sebagai peraturan terlalu ketat.

“Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.

“Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.

Di bawah garis panduan dilaksanakan pada 1 November 2021, DBKL melarang kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina di Kuala Lumpur daripada menjual minuman keras.

Advertisement

Bagaimanapun, pelanggan masih dibenarkan membeli bir dari premis itu dari 7 pagi hingga 9 malam.

Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.

Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya. 

“Malah ia dilakukan berikutan kes kemalangan maut yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang menjadi kebimbangan masyarakat dalam negara ketika itu.

“Malang sekali apabila bahagian perlesenan DBKL telah mengambil keputusan mengundur semula ke belakang (reversal). 

“Malah, keputusan menarik balik garis panduan berkenaan turut mendapat sokongan padu sebahagian pemimpin utama daripada DAP,” katanya dipetik Harakah Daily.

Advertisement

Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Razak Ramli berkata keputusan penarikan balik larangan itu akan membawa kepada lebih banyak masalah sosial.

“Umat Islam perlu bangkit melihat sikap sambil lewa kerajaan terhadap isu ini yang telah mengambil langkah ke belakang terhadap isu arak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan Abdul Razak mendapat respons Ahli Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Kasthuri Patto yang meminta beliau tidak menumpukan perhatian terhadap perkara itu.

Kashturi dilaporkan media sebagai berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan sepatutnya memberi tumpuan kepada unsur salah guna kuasa, rasuah, diskriminasi dan ketidakadilan. – The Merdeka Times

Author

Advertisement
Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending