Terkini
Anak B40 paling ramai peroleh keputusan cemerlang STPM
Seramai 584 calon yang mendapat keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 2021 adalah golongan B40.
- 584 calon mendapat keputusan cemerlang dengan PNGK 4.00 dalam peperiksaan STPM pada tahun 2021 adalah golongan B40.
- Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Profesor Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata, nilai tersebut mewakili 66.82 peratus daripada jumlah calon cemerlang STPM 2021 iaitu seramai 874 calon.
- Bilangan calon mendapat PNGK 4.00 meningkat sebanyak 133 calon daripada 741 calon pada tahun 2020 kepada 847 calon pada tahun 2021.
- “Dengan peningkatan peratusan bilangan calon PNGK ini, maka boleh dijangka tiada halangan untuk lebih ramai calon lepasan STPM 2021 diterima masuk ke universiti awam (UA) pada tahun ini.”
- Buat pertama kalinya sejak tahun 2013, tiada jurang perbezaan dari segi keputusan peperiksaan STPM tahun 2021 antara calon bandar dengan luar bandar.
GOMBAK – Seramai 584 calon yang mendapat keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 2021 adalah golongan B40.
Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Profesor Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata, nilai tersebut mewakili 66.82 peratus daripada jumlah calon cemerlang STPM 2021 iaitu seramai 874 calon.
Menurutnya, bilangan calon yang mendapat PNGK 4.00 turut meningkat sebanyak 133 calon daripada 741 calon pada tahun 2020 kepada 847 calon pada tahun 2021.
“Dari segi pencapaian PNGK calon secara keseluruhan meningkat berbanding tahun 2020 dengan peratusan longgokan calon STPM 2021 pada PNGK 3.75 dan ke atas sebanyak 9.04 peratus manakala PNGK 3.00 dan ke atas ialah 41.72 peratus.
“Selain itu, PNGK 2.75 dan ke atas (55.85 peratus), PNGK 2.00 dan ke atas (88.24 peratus) turut mencatatkan peningkatan berbanding tahun 2020.
“Dengan peningkatan peratusan bilangan calon pada PNGK ini, maka boleh dijangka tiada halangan untuk lebih ramai calon lepasan STPM 2021 diterima masuk ke universiti awam (UA) pada tahun ini,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika mengumumkan keputusan STPM tahun 2021 di MPM, Batu Caves pada Khamis.
Dalam pada itu, Mohd Ekhwan turut memaklumkan buat pertama kalinya sejak tahun 2013, tiada jurang perbezaan dari segi keputusan peperiksaan STPM tahun 2021 antara calon bandar dengan luar bandar.
Sementara itu, beliau memberitahu bahawa PNGK Nasional STPM tahun 2021 ialah 2.79 iaitu meningkat sebanyak 0.01 berbanding tahun sebelumnya.
“Bagaimanapun, ia dianggap masih sama dengan pencapaian calon STPM 2020 kerana perbezaan peningkatannya yang sangat kecil dan tidak menggambarkan signifikan besar kepada pencapaian calon STPM 2021 berbanding tahun sebelumnya,” katanya.
Seramai 42,369 calon mendaftar bagi menduduki peperiksaan STPM bagi tahun 2021 dengan 40,926 calon mewakili 96.59 peratus hadir bagi menduduki peperiksaan berkenaan.
Sumber : Sinar Harian
Antarabangsa
Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
- Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
- Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.
Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.
Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.
Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times