Connect with us

Antarabangsa

Sami Buddha memandu dalam keadaan mabuk, beritahu polis ‘wiski cegah COVID-19’

Bagi mengelakkan diri daripada ditahan polis ekoran memandu dalam keadaan mabuk,seorang sami buddha,Phra Thanakorn, 63 memberi alasan minum wiski agar terhindar daripada dijangkiti Covid-19.

Wartawan TMT

Published

on

sami buddha mabuk
Foto: Sumber New York Post.
  • Phra Thanakorn, 63 tahun memberi alasan tidak masuk akal itu dalam keadaan mabuk.
  • Thanakorn dilapor berkeliaran di sekitar pasar meminta wang daripada penduduk tempatan sebelum dilihat menaiki kenderaannya.
  • Berdasarkan undang-undang tempatan,para sami diharamkan daripada minum minuman keras.

THAILAND: Bagi mengelakkan diri daripada ditahan polis ekoran memandu dalam keadaan mabuk,seorang sami buddha,Phra Thanakorn, 63 memberi alasan minum wiski agar terhindar daripada dijangkiti Covid-19.

Menurut Leftenan Kolonel Polis Peerapong Raksi,sami tersebut memberi alasan tidak masuk akal itu dalam keadaan mabuk.

Thanakorn dilapor berkeliaran di sekitar pasar meminta wang daripada penduduk tempatan sebelum dilihat menaiki kenderaannya.

Bimbang dengan kelakuan sami yang disifatkan sebagai individu suci agama tersebut, penduduk melaporkan perkara itu kepada pihak polis.

Sewaktu ditahan,sami Buddha itu mengakui dirinya telah dirasuki roh kudus.

Hasil ujian saringan pernafasan mengesahkan Thanakorn di bawah pengaruh alkohol.

Kuil Mabinthabat,lokasi Thanakorn bekerja juga dilapor mencadangkan agar sami itu dilucutkan daripada jawatannya kerana melanggar undang-undang anti-minuman keras.

Berdasarkan undang-undang tempatan,para sami diharamkan daripada minum minuman keras.

Sumber : New York Post

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending