Antarabangsa
Pengharaman berbikini di Itali, denda 500 Euro
Coppola berkata, pelancong yang berpakaian hampir bogel menyebabkan ketidakselesaan dan kurang disenangi penduduk tempatan.
- Sorrento, bandar peranginan popular dunia terbaharu melarang pemakaian bikini dan pakaian renang menjolok mata termasuk individu yang berlegar tanpa memakai baju.
- Denda 500 Euro (RM2,246.98) bagi pelancong mahupun penduduk yang ingkar.
- Peraturan dikuatkuasakan kerana wujud ketidakselesaan dan kurang disenangi penduduk tempatan sekaligus membanteras perluasan tingkah laku tidak sopan bertentangan dengan peradaban hidup bersama.
- Datuk Bandarnya, Massimo Coppola khuatir jika ketidakselesaan penduduk diabaikan menyebabkan kualiti kehidupan di bandar mereka jatuh, sekali gus memberi kesan kepada imej dan sektor pelancongan.
- Beberapa kawasan di negara lain turut mengenakan larangan sama.
ROM – Sorrento di barat daya Itali menjadi bandar peranginan popular dunia terbaharu yang mengenakan larangan memakai bikini dan pakaian renang menjolok mata.
Datuk Bandarnya, Massimo Coppola baru-baru ini menguatkuasakan peraturan itu yang menetapkan denda sehingga 500 Euro (RM2,246.98) bagi pelancong mahupun penduduk yang ingkar.
Mana-mana individu yang berlegar tanpa memakai baju turut terikat peraturan itu.
Coppola berkata, pelancong yang berpakaian hampir bogel menyebabkan ketidakselesaan dan kurang disenangi penduduk tempatan.
Beliau mahu membanteras perluasan tingkah laku tidak sopan yang dilihat kebanyakan orang sebagai bertentangan dengan kesantunan yang mencirikan peradaban hidup bersama.
“Sekiranya perlakuan kurang disenangi penduduk dan juga pelancong ini berleluasa, ia boleh membawa kepada penilaian negatif terhadap kualiti kehidupan di bandar kami, sekaligus memberi kesan kepada imej dan sektor pelancongan,” katanya.
Sorrento adalah bandar pinggir laut yang popular di Teluk Naples, malah menjadi lokasi kegemaran pengaruh media sosial dan pasangan muda bergambar, berlatarbelakangkan bangunan indah di tepi pantai.
Selain Sorrento, bandar popular lain di Itali yang mengenakan etika berpakaian adalah Praia A Mare di wilayah Calabria dan Rapallo.
Beberapa bandar di Sepanyol turut mengenakan peraturan sama sekiranya berbikini di tempat salah, termasuk Barcelona yang menetapkan denda sehingga AS$445 (kira-kira RM1,970) bagi mereka yang memasuki bandar dengan bikini sahaja.
Pakaian mandi itu hanya terhad di pantai dan kolam renang yang menurut kepulauan Majorca di Sepanyol, pelancong ingkar boleh didenda AS$900 (kira-kira RM3,984).
Selain itu, Pulau Boracay di Filipina juga menetapkan larangan sama dan pernah mendenda PHP2,500 (RM197.80) terhadap seorang pelancong pada 2019 kerana memakai pakaian renang yang erotik dan lucah.
Sumber: Harian Metro
Antarabangsa
Jururawat bantu Gaza selepas 7 Oktober ditahan pihak berkuasa Perancis
Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
- Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
- Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
- Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
- Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.
Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
Seorang Ahli Parlimen dari parti La France Insoumise (LFI), Thomas Portes memaklumkan bahawa Maarifi telah dibebaskan daripada tahanan.
“Penggeledahan rumah di hadapan keluarganya tidak meragukan niat menakut-nakutkan suara yang bangkit menyokong rakyat Palestin dan tuntutan segera gencatan senjata,” tulis ahli parlimen itu di platform X.
Maarifi sebelum ini hadir di perhimpunan pro-Palestin di Perancis untuk berkongsi pengalaman tentang keadaan kritikal disaksikannya di Gaza.
Dia juga menyatakan tuntutan gencatan senjata segera di Gaza dan pemboikotan ke atas syarikat-syarikat menyokong Israel.
Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.
Lebih 40,800 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dibunuh rejim zionis Israel dan hampir 94,300 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – The Merdeka Times
-
Kolumnis3 days ago
Kenapa negeri lain perlu memasukkan kuasa Mahkamah Syariah di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri?
-
Terkini4 days ago
China tuntut Malaysia segera hentikan aktiviti di perairan kaya minyak berhampiran Sarawak
-
Terkini3 days ago
Kezaliman, fasisme berlaku jika ‘tangan’ majoriti perintah negara kenyataan fitnah berniat jahat – MP PKR
-
Antarabangsa3 days ago
Harta benda komuniti Muslim di Telangana diserang dan dibakar perusuh