Connect with us

Antarabangsa

Jepun catat 233,100 kes Covid-19 hari ini!

Jepun mencatatkan 233,100 kes harian Covid-19 pada Khamis, memecah rekod baharu untuk hari kedua berturut-turut yang turut menyaksikan peningkatan pengunaan katil di hospital.

Wartawan TMT

Published

on

jepun catat kes covid
Foto: Keadaan di Stesen Nagoya, Nagoya, Jepun. - Foto REUTERS
  • Jepun memecah rekod baharu untuk hari kedua berturut-turut yang turut menyaksikan peningkatan penggunaan katil di hospital.
  • Menurut WHO, Jepun telah melaporkan 969,000 kes baharu, jumlah tertinggi di dunia dalam tempoh seminggu.

TOKYO – Jepun mencatatkan 233,100 kes harian Covid-19 pada Khamis, memecah rekod baharu untuk hari kedua berturut-turut yang turut menyaksikan peningkatan pengunaan katil di hospital.

Tokyo merekodkan 40,406 kes jangkitan buat pertama kali melepasi angka 40,000 ketika berdepan gelombang ketujuh wabak Covid-19 akibat varian Omicron, memetik laporan Kyodo.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Jepun telah melaporkan 969,000 kes baharu, jumlah tertinggi di dunia dalam tempoh seminggu.

Majoriti pesakit terdiri dalam kalangan mereka yang berusia 20-an.

Sehingga Rabu, kadar penggunaan katil hospital melebihi 50 peratus di 19 wilayah lebih dua kali ganda berbanding minggu sebelumnya, menurut data Sekretariat Kabinet.

Selain Tokyo, wilayah Saitama dan Chiba serta Hokkaido dan Aichi adalah antara kawasan yang turut melaporkan kes jangkitan.

Sumber:Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending