Connect with us

Terkini

Apa punca lebih 30,000 mahasiswa gagal tamatkan pengajian?

Lebih 30,000 atau 2.6 peratus daripada lebih 1.1 juta mahasiswa di universiti awam (UA) gagal menamatkan pengajian di antara 2020 dan 2021.

Wartawan TMT

Published

on

mahasiswa
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sistem MyMoheS merekodkan sejumlah 30,904 pelajar universiti awam tidak menamatkan pengajian sepanjang tahun 2020 hingga 2021 atas beberapa faktor.
  • Menurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) antara faktor utamanya adalah masalah kesihatan, isu peribadi, gagal peperiksaan dan gagal mendaftar.
  • KPT dan universiti awam sentiasa berusaha bantu pelajar terbabit menerusi pelbagai  inisiatif, antaranya menyediakan biasiswa dan bantuan kewangan kepada golongan sasar termasuk pelajar golongan B40.
  • KPT juga menyediakan program intervensi akademik, program motivasi, program mentor mentee dan Program Khas Akademik untuk membantu pelajar di UA meneruskan pengajian.

KUALA LUMPUR: Lebih 30,000 atau 2.6 peratus daripada lebih 1.1 juta mahasiswa di universiti awam (UA) gagal menamatkan pengajian di antara 2020 dan 2021.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan, Sistem MyMoheS merekodkan sejumlah 13,291 atau 2.27 peratus pelajar di UA tidak menamatkan pengajian pada 2020.

Sementara itu pada 2021 katanya, seramai 17,613 pelajar atau 2.99 peratus daripada keseluruhan 589,879 pelajar sedia ada, direkodkan sebagai tidak menamatkan pengajian di UA.

Situasi ini menjadikan sejumlah 30,904 pelajar UA tidak menamatkan pengajian sepanjang dua tahun berkenaan atas beberapa faktor.

“Data rasmi bagi tahun ini hanya akan diterbitkan secara rasmi pada awal tahun depan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.

Kenyataan itu dibuat bagi menjawab pertanyaan Noor Amin Ahmad (PH-Kangar), mengenai jumlah mahasiswa di UA yang berhenti atau ditamatkan pengajian, di antara Mac 2020 hingga Mac tahun ini dan sebab mereka berhenti atau ditamatkan pengajian, lapor Berita Harian hari ini.

Jelas KPT, antara faktor utama kegagalan mahasiswa menamatkan pengajian adalah masalah kesihatan, isu peribadi, gagal peperiksaan dan gagal mendaftar. 

Advertisement

Menurutnya, KPT dan UA prihatin dan sentiasa berusaha membantu pelajar terbabit menerusi beberapa inisiatif, antaranya menyediakan kemudahan biasiswa dan bantuan kewangan kepada golongan sasar yang layak, termasuk pelajar golongan B40.

“KPT menerusi UA juga menyediakan program intervensi akademik seperti sistem penasihat akademik (PA) dan program intervensi bukan akademik seperti perkhidmatan kaunseling individu dan berkelompok serta ‘buddy system’.

“Selain itu, program motivasi, program mentor mentee, Program Khas Akademik dan pelbagai program lagi dari masa ke semasa bagi membantu pelajar di UA meneruskan pengajian,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Author

Advertisement

Terkini

PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 

Hidayah Sani

Published

on

PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 
  • Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.
  • Beliau turut mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India. 

KUALA LUMPUR — Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 

Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat yang dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.

Ini susulan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.

Sesungguhnya, jawapan tersebut amatlah bersifat lebih untuk meraih populariti dan terlalu berpolitik. Apakah wajar bagi seseorang individu mempunyai dua kerakyatan? Di manakah kecenderungan bagi individu terbabit untuk menumpahkan kesetiaanya? 

“Sepatutnya jawapan isu sensitif seumpama ini tidak perlu dilayan dengan jawapan tegas iaitu mana mungkin dan mustahil seseorang boleh memiliki dua kerakyatan malah untuk memohon menjadi rakyat Malaysia mesti memenuhi syarat-syarat yang ketat mengikut undang-undang yang sedia ada selama ini. 

“Malah ada gesaan disyaratkan dengan lebih tegas iaitu penguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zarina menggesa seluruh rakyat Malaysia khususnya kaum Bumiputera untuk menentang cadangan itu serta berpendirian sebarang kajian tidak perlu dilakukan sama sekali kerana ia keputusan muktamad.

Advertisement

Pada masa sama, beliau mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India kerana perkara itu lebih mengundang mudarat daripada keuntungan.

Katanya, perkara perlu diberikan keutamaan bukanlah terkait kerakyatan sebaliknya isu 1.2 juta warga negara China yang direkodkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), masuk ke Malaysia dalam tempoh 2018 hingga 2021 namun masih tiada rekod keluar dari negara ini. 

Ia merupakan suatu jumlah yang amat menggusarkan dan perlu diambil tindakan telus dan tegas kerana ianya pelanggaran undang-undang dan soal keselamatan negara. 

“Ini yang patut diberi keutamaan bukan soal kerakyatan dan dikejutkan pula dengan pengumuman Menteri Pelancongan mengenai cadangan pengecualian Visa kepada pelancong terutama dari Cina dan mungkin dari India atas nama kepentingan merancakkan ekonomi tetapi boleh membawa padah kepada keselamatan negara dan masalah sosial yang kini pun sudah parah dan tidak terkawal. 

“Cuba bayangkan jika pelancong Cina masuk tanpa tapisan melalui Visa dengan bebas. Pasti ramai akan hilang dan menetap di Malaysia. 

“Isu rasuah yang menjadi barah akan menjadi lebih buruk di kalangan penguatkuasa. Perkara ini amat mengerikan kepada masa depan negara Malaysia,” kata Zarina. 

Advertisement

Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan berkata Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghasilkan satu laporan berkenaan pengecualian visa untuk pelancong China.

King Sing berkata, kerajaan dijangka akan mendraf dasar mengenai hari lawatan yang dibenarkan untuk berada di Malaysia melalui perkhidmatan pengecualian visa. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Parti Bumiputera Perkasa Malaysia – PUTRA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending