Connect with us

Antarabangsa

1,200 rakyat Singapura termasuk bekas LGBTQ berhimpun lindungi institusi perkahwinan

Seramai 1,200 individu hadir di sesi Townhall “Lindungi Singapura – Melindungi Masa Depan Kita” pada 23 Julai lalu untuk menuntut pengekalan Seksyen 377A Kanun Keseksaan dan melindungi institusi perkahwinan di republik itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

singapura institusi perkahwinan
Foto: Sumber Mothership.
  • 1,200 individu, termasuk bekas LGBTQ+ hadir untuk lindungi institusi perkahwinan di Townhall “Lindungi Singapura – Melindungi Masa Depan Kita”.
  • Peserta juga menyokong supaya Seksyen 377A dikekalkan bagi melindungi norma masyarakat Singapura sekalipun berdepan tekanan pemansuhan undang-undang itu oleh kelompok minoriti vokal, LGBTQ+.
  • Penganjur meminta Kerajaan mengekalkan Seksyen 377A untuk melindungi institusi perkahwinan, keluarga dan “kebebasan hati nurani” pada tempatnya, termasuk menetapkan istilah perkahwinan adalah di antara lelaki dan wanita sepertimana ditetapkan dalam Perlembagaan Singapura.

SINGAPURA – Seramai 1,200 individu hadir di sesi Townhall “Lindungi Singapura – Melindungi Masa Depan Kita” pada 23 Julai lalu untuk menuntut pengekalan Seksyen 377A Kanun Keseksaan dan melindungi institusi perkahwinan di republik itu.

Majlis yang cuba disekat penganjurannya oleh kelompok minoriti vokal di Singapura itu dihadiri golongan pertengahan umur dan bekas komuniti LGBTQ+, demikian menurut penganjur, Jason Wong dan Mohammed Khair dalam posting Facebook masing-masing dipetik portal mothership.sg.

Kedua-duanya meminta Kerajaan Singapura mengekalkan Seksyen 377A sehinggalah terdapatnya perlindungan mencukupi untuk melindungi institusi perkahwinan, keluarga dan “kebebasan hati nurani” (freedom of conscience) pada tempatnya, termasuk menetapkan istilah perkahwinan adalah di antara lelaki dan wanita sepertimana ditetapkan dalam Perlembagaan. 

Jason Wong berkata, “Kami telah dihalang untuk berdepan dengan sikap tidak bertoleransi dan lantang bersuara minoriti yang ingin melawan setiap aspek masyarakat.”

Majlis itu dianjurkan susulan beberapa insiden membabitkan pemansuhan Seksyen 377A dan komuniti LGBTQ+.

Pada Februari lalu, Mahkamah Rayuan, yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, menetapkan bahawa undang-undang itu dikekalkan, tetapi ia tidak boleh menghukum dua lelaki dewasa yang terbabit dalam perbuatan seksual suka sama suka di tempat persendirian.

Baru-baru ini, seorang kaunselor di Institut Hwa Chong (HCI) telah digantung tugas selepas menayangkan kandungan yang tidak bersesuaian mengenai komuniti LGBTQ+ dalam sesi ceramah pendidikan seksual.

Sumber : Mothership

 

Author