Ekonomi
“Jual data peribadi 22 juta di Lowyat.net, bukan kerja orang dalam.” – KDN
“Masalah kita sekarang ini adalah terdapat terlalu banyak agensi diberikan akses kepada data peribadi rakyat oleh JPN secara ‘online’.

- KDN kenal pasti pihak jual data peribadi 22 juta rakyat Malaysia.
- Data peribadi rakyat Malaysia dijual dengan harga USD10,000 (RM43,870) di forum pasaran pangkalan data tersebut.
- Data peribadi termasuk nama, nombor kad pengenalan, alamat dan gambar dengan data daripada laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut dijual.
PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas dengan mengehadkan hanya 44 agensi berkaitan kerajaan yang boleh mengakses data peribadi rakyat Malaysia menerusi pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keputusan dibuat selepas KDN mengenal pasti beberapa pihak yang sebelum ini mempunyai akses kepada pangkalan data milik JPN dan bertindak menjual data peribadi 22 juta rakyat Malaysia di sesawang forum pasaran teknologi Lowyat.net dengan harga AS$10,000 (RM43,870) baru-baru ini.
Data peribadi yang bocor itu berkemungkinan diperoleh daripada pelbagai sumber lain, antaranya laman sosial, syarikat telekomunikasi, institusi kewangan dan agensi kerajaan lain termasuk pejabat tanah dan galian sebelum dijual di pasaran gelapPendedahan Hamzah itu sekali gus menafikan bahawa ‘orang dalam’ JPN bertanggungjawab terhadap penjualan data peribadi tersebut.
“Masalah kita sekarang ini adalah terdapat terlalu banyak agensi diberikan akses kepada data peribadi rakyat oleh JPN secara ‘online’.
“Ketika ini terdapat 44 agensi diberikan akses data peribadi oleh JPN termasuklah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan sebagainya.
“Malah, sebelum ini lebih banyak agensi diberikan aksesnya, namun selepas berlaku kebocoran data, maka JPN mengehadkan kepada hanya 44 agensi sahaja sekarang ini,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Sinar Premium baru-baru ini.
Justeru, kata beliau, pihaknya akan menarik balik kemudahan akses kepada agensi tertentu ekoran kebocoran data itu.
80 peratus rakyat Malaysia dijangka beralih guna ‘cashless’
“Kalau kita tengok watermark, kita dapat kenal pasti agensi mana yang membocorkan data berkenaan.
“Berikutan itu, kita akan kaji dan hanya memberi keutamaan kepada beberapa agensi penting sahaja untuk mendapatkan akses ke pangkalan data JPN selepas ini,” kata Hamzah.
Sebelum ini media melaporkan data peribadi rakyat Malaysia didakwa dijual dengan harga USD10,000 (RM43,870) di forum pasaran pangkalan data. Laman sesawang teknologi Lowyat.net menunjukkan set data JPN yang mengandungi maklumat seluruh populasi 22 juta rakyat Malaysia dijual pada harga tersebut.
Penjualnya mendakwa data peribadi itu termasuk nama, nombor kad pengenalan, alamat dan gambar dengan data daripada laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut dijual.
Ia bukan dakwaan baharu kerana tahun lalu, JPN turut mengesahkan menerima laporan berhubung penjualan pangkalan data mengandungi empat juta maklumat peribadi rakyat Malaysia di sebuah forum dalam talian terkenal.
Sumber : Sinar Harian
Ekonomi
Anwar digesa beri tumpuan pulihkan ekonomi yang berdepan pertumbuhan sederhana
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa memberi tumpuan penuh kepada usaha untuk memulih dan merancakkan ekonomi negara.

- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa memberi tumpuan penuh kepada usaha untuk memulih dan merancakkan ekonomi negara.
- Bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri ke-8, Datuk Marzuki Mohamad berkata, pertumbuhan ekonomi Malaysia yang berkembang sederhana kepada 2.9 peratus pada suku kedua 2023, menunjukkan indikasi ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya.
- “Kerajaan perlu menyediakan satu peta arah tuju yang jelas bagaimana negara kita dapat keluar daripada kelembapan ekonomi dan masalah kos sara hidup yang sedang dihadapi oleh rakyat,” katanya di sini pada Selasa.
- Jumaat lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa ekonomi Malaysia berkembang secara sederhana pada 2.9 peratus tahun ke tahun dalam suku kedua, berbanding 5.5 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2023.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa memberi tumpuan penuh kepada usaha untuk memulih dan merancakkan ekonomi negara.
Bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri ke-8, Datuk Marzuki Mohamad berkata, pertumbuhan ekonomi Malaysia yang berkembang sederhana kepada 2.9 peratus pada suku kedua 2023, menunjukkan indikasi bahawa ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya.
Marzuki mendakwa, apa yang berlaku sekarang ini seolah-olah menunjukkan ekonomi negara gagal diurus dengan cekap oleh kepimpinan kerajaan hari ini.
“Kerajaan perlu menyediakan satu peta arah tuju yang jelas bagaimana negara kita dapat keluar daripada kelembapan ekonomi dan masalah kos sara hidup yang sedang dihadapi oleh rakyat,” katanya di sini pada Selasa.
Jumaat lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa ekonomi Malaysia berkembang secara sederhana pada 2.9 peratus tahun ke tahun dalam suku kedua, berbanding 5.5 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2023.
Gabenor BNM, Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour, berkata perkembangan sederhana pada suku kedua 2023 didorong oleh permintaan luaran yang lebih perlahan.
Mengulas lanjut, beliau berpandangan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) perlu lebih kerap mengadakan pertemuan pada setiap minggu, kerana ia disifatkan sebagai platform penting dalam membuat keputusan-keputusan utama mengenai hal ekonomi negara.
Marzuki berkata, menerusi langkah ini, sebarang permasalahan yang membantut pertumbuhan ekonomi dapat diatasi dengan segera, manakala kerajaan dengan sokongan pihak industri bertindak sebagai pemudah cara kepada pemulihan ekonomi.
“Semasa pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), MTEN yang dipengerusikan Perdana Menteri dan keanggotaanya termasuk menteri-menteri berkaitan ekonomi, Gabenor Bank Negara dan wakil-wakil industri bermesyuarat setiap minggu.
“Di sinilah indikator-indikator utama ekonomi dipantau dan keputusan-keputusan penting mengenai hala tuju ekonomi negara dibuat dan diambil tindakan segera oleh kerajaan,” tambah Marzuki.
Sumber: Astro Awani
-
Terkini2 days ago
Anak mualaf bersyukur MRM bantu uruskan jenazah ibu
-
Terkini4 days ago
Peniaga terima wang menerusi DuitNow QR akan dicaj bermula 1 November
-
Antarabangsa3 days ago
Penutupan kerajaan AS tidak dapat dielakkan – Biden
-
Antarabangsa3 days ago
Malaysia dijangka beri pengecualian visa kepada pelancong China