Terkini
KJ sokong Anwar sekiranya terpilih jadi Presiden UMNO
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberitahu beliau atau sekutunya akan terus menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya terpilih sebagai Presiden UMNO dalam pemilihan parti akan datang.
- “Ada kebimbangan sekiranya berlaku perubahan dalam kepimpinan UMNO, ia akan bawa ketidakstabilan politik serta kepada kejatuhan kerajaan, satu lagi Langkah Sheraton, dan satu lagi kerajaan akan masuk dan seorang PM baharu angkat sumpah. – Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin
- “Loke (Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook) saya ingin katakan dengan jelas di hadapan semua orang di sini, jika saya atau sekutu saya memenangi jawatan Presiden, memenangi kepimpinan parti, kami akan memberikan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan, kepada Anwar Ibrahim dan kepada anda,” katanya sambil mendapat tepukan gemuruh orang ramai.
PETALING JAYA: Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberitahu beliau atau sekutunya akan terus menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya terpilih sebagai Presiden UMNO dalam pemilihan parti akan datang.
Khairy memaklumkan perkara itu dalam satu forum anjuran Institut ISEAS-Yusof Ishak di Singapura sekali gus membayangkan beliau dijangka bertanding sebagai Presiden UMNO.
Menurut bekas Ahli Parlimen Rembau itu, beliau mahu kerajaan perpaduan ini bertahan dan stabil.
“Ada kebimbangan sekiranya berlaku perubahan dalam kepimpinan UMNO, ia akan membawa ketidakstabilan politik serta kepada kejatuhan kerajaan, satu lagi Langkah Sheraton, dan satu lagi kerajaan akan masuk dan seorang Perdana Menteri baharu mengangkat sumpah.
“Loke (Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook) saya ingin katakan dengan jelas di hadapan semua orang di sini, jika saya atau sekutu saya memenangi jawatan Presiden, memenangi kepimpinan parti, kami akan memberikan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan, kepada Anwar Ibrahim dan kepada anda,” katanya sambil mendapat tepukan gemuruh orang ramai.
Forum itu turut dihadiri Siew Fook yang merupakan Menteri Pengangkutan dan juga Setiausaha Agung DAP.
Menurut Khairy lagi, pemilihan UMNO yang akan datang adalah segala-galanya dengan parti perlu diperbaharui, relevan, atau ‘berehat dengan tenang’.
Beliau berkata, pemilihan parti adalah peluang parti untuk melakar hala tuju baharu parti itu.
Sebelum ini, Khairy dilihat lantang terhadap kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ekoran kekalahan UMNO dan Barisan Nasional selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Sumber: Utusan Timur