Connect with us

Terkini

Ajar anak muda elak ditangkap basah, portal online JUICE dikecam netizen

Menjelang ambang Tahun Baru, ramai belia yang masih bujang berpusu-pusu menempah hotel bajet yang murah untuk bersekedudukan dengan bukan mahram dan tidak kurang juga ‘bermadu asmara’ bersama kekasih.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Rasyidah Zulkifli

Published

on

Ajar anak muda elak ditangkap basah, portal online JUICE dikecam netizen
Foto: Firdaus Wong Wai Hung
  • Sebuah portal berbahasa Inggeris seolah-olah membantu pelaku maksiat dengan berkongsi tip mengelak ditangkap ketika berzina.
  • Ia dikongsikan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung di laman Instagramnya sebagai kesedaran kepada umat Islam di Malaysia. 
  • Artikel online itu dilihat mengesyorkan perlakuan maksiat berleluasa dalam kalangan pembaca terdesak dan kurang iman.
  • “Content’ begini tak dikira mengacau dan mempromosi zina di kalangan umat Islam?,” kata Firdaus Wong.

 

KUALA LUMPUR – Menjelang ambang Tahun Baru, ramai belia yang masih bujang berpusu-pusu menempah hotel bajet yang murah untuk bersekedudukan dengan bukan mahram dan tidak kurang juga ‘bermadu asmara’ bersama kekasih.

Kegiatan tidak bermoral ini selalunya berakhir dengan pasangan terbabit ditangkap khalwat oleh penguatkuasa agama negeri.

Sebuah portal berbahasa Inggeris, JUICE seolah-olah membantu pelaku-pelaku maksiat ini menerusi penulisan pada 3 Januari lalu dengan berkongsi tip mengelakkan ditangkap ketika bermaksiat.

Foto: Tangkap layar artikel Juice Malaysia

 

Ia dikongsikan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung di laman Instagramnya sebagai kesedaran kepada umat Islam di Malaysia. 

Menurutnya, artikel terbabit mengesyorkan perlakuan maksiat agar berleluasa dalam kalangan pembaca-pembaca yang terdesak dan kurang iman.

“Adakah ‘content’ sebegini sesuai dengan adab ketimuran kita di Malaysia dan selari dengan undang-undang negara?

“Apabila Jabatan Agama Islam Melaka cadang kawal pemakaian di Pulau Besar, agama Islam dilabel agama pengacau. 

“Content’ begini tak dikira mengacau dan mempromosi zina di kalangan umat Islam?,” soalnya.

Perkongsian Firdaus menimbulkan kesedaran banyak pihak dan ramai netizen turut mengecam tindakan portal itu.

Pengguna, Ehsan Hanafi menerusi ruangan komen mencadangkan agar laporan dibuat di bawah penghinaan agama rasmi di Malaysia.

Awatif Hasni pula menyeru pembaca-pembaca “matang” agar mengharamkan majalah JUICE.

Pengguna Shamsul Azahar menggesa menteri berkenaan mengambil tindakan segera.

 

Sumber: Instagram Firdaus Wong

Author