Connect with us

Terkini

Isu Network School: PAS gesa Menteri KDN tampil jawab Khamis ini di parlimen

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary.
  • Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary berkata, beliau akan mengemukakan soalan berkaitan perkara itu dalam sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada pagi Khamis, 16 Julai 2026.
  • “Saya menyeru kepada Menteri KDN, kalau dia dengar sidang media hari ini, untuk dia memilih supaya datang menjawab pada pagi Khamis, 16 hari bulan nanti soalan yang saya akan kemukakan,” katanya dalam sidang media di Pusat Media Parlimen pada Selasa.

KUALA LUMPUR – PAS menggesa Menteri Dalam Negeri supaya tampil di Dewan Rakyat pada Khamis ini bagi menjawab persoalan berhubung operasi Network School di Forest City, Johor, termasuk dakwaan penglibatan warga Israel yang memasuki Malaysia menggunakan pasport negara kedua.

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary berkata, beliau akan mengemukakan soalan berkaitan perkara itu dalam sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada pagi Khamis, 16 Julai 2026.

“Saya menyeru kepada Menteri KDN, kalau dia dengar sidang media hari ini, untuk dia memilih supaya datang menjawab pada pagi Khamis, 16 hari bulan nanti soalan yang saya akan kemukakan,” katanya dalam sidang media di Pusat Media Parlimen pada Selasa.

Menurut Ahmad Marzuk, isu berkenaan perlu diberikan perhatian serius kerana melibatkan dakwaan kemasukan warga Israel serta bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pendidikan Tinggi.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu Network School.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman mendesak Kerajaan Persekutuan memberikan penjelasan menyeluruh dan telus mengenai projek berkenaan kerana ia melibatkan aspek keselamatan negara, teknologi digital, aliran data rentas sempadan dan kepentingan strategik Malaysia.

Beliau berkata, penjelasan mengenai isu itu tidak boleh diserahkan kepada Kerajaan Negeri Johor semata-mata.

Antara persoalan yang dibangkitkan ialah sama ada kerajaan telah mengenal pasti pemilik sebenar atau beneficial ownership Network School serta semua pihak yang mempunyai kepentingan langsung atau tidak langsung dalam projek tersebut.

Kerajaan juga diminta menjelaskan sama ada semakan telah dilakukan bagi memastikan tiada hubungan korporat, pelaburan atau teknologi yang boleh bercanggah dengan dasar Malaysia terhadap Israel.

Ahmad Tarmizi turut mempersoalkan sama ada Majlis Keselamatan Negara, KDN, Polis Diraja Malaysia, Agensi Keselamatan Siber Negara dan agensi risikan telah menjalankan penilaian risiko keselamatan sebelum sebarang kelulusan diberikan.

“Adakah projek ini pernah dibentangkan kepada jawatankuasa keselamatan negara atau mana-mana jawatankuasa khas Kabinet yang berkaitan dengan keselamatan strategik negara ini?” katanya.

PAS turut meminta kerajaan menjelaskan penggunaan teknologi seperti pengkomputeran awan, kecerdasan buatan dan pusat data dalam operasi Network School, selain lokasi penyimpanan data pelajar, ibu bapa, tenaga pengajar dan pengguna.

Menurut Ahmad Tarmizi, kerajaan perlu memastikan semua data berkenaan kekal dilindungi di bawah undang-undang Malaysia serta menjelaskan sama ada penilaian impak perlindungan data pernah dilaksanakan.

Ahli-ahli Parlimen PAS turut memaklumkan bahawa satu usul tergempar akan dikemukakan bagi membolehkan isu Network School dibahaskan di Dewan Rakyat.

Mereka menegaskan bahawa keterbukaan kerajaan penting bagi mengelakkan spekulasi, memulihkan keyakinan rakyat serta membuktikan bahawa keselamatan dan kedaulatan negara tidak dikompromi.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author