Connect with us

Terkini

‘Alhamdulillah, Letaklah jawatan’ – Tok Mat sambut hasrat Nga Kor Ming

Published

on

Foto: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
  • Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kemenangan BN di Johor hanya melibatkan pembentukan kerajaan negeri dan tidak mempunyai kaitan dengan isu di peringkat Kerajaan Persekutuan, termasuk soal melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
  • “Alhamdulillah, letaklah jawatan. Memang kita nak dia letak jawatan. Kalau BN menang di Johor, kita hanya tubuh kerajaan negeri sahaja. Kerajaan negeri tidak ada kena-mengena dengan hal-hal di Persekutuan. Jadi janganlah cakap besar sangat. Kalau dia nak letak jawatan, letaklah jawatan segera. Tidak ada masalah bagi kita,” katanya.

MUAR — Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Barisan Nasional (BN) tidak menghalang hasrat Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming untuk meletakkan jawatan sekiranya parti itu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menurut beliau, kemenangan BN di Johor hanya melibatkan pembentukan kerajaan negeri dan tidak mempunyai kaitan dengan isu di peringkat Kerajaan Persekutuan, termasuk soal melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Alhamdulillah, letaklah jawatan. Memang kita nak dia letak jawatan. Kalau BN menang di Johor, kita hanya tubuh kerajaan negeri sahaja. Kerajaan negeri tidak ada kena-mengena dengan hal-hal di Persekutuan.

“Jadi janganlah cakap besar sangat. Kalau dia nak letak jawatan, letaklah jawatan segera. Tidak ada masalah bagi kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program sarapan pagi bersama calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Azman Ismail dan calon DUN Bukit Naning, Ghazali Sabari, di Muar pada Selasa.

Mengulas dakwaan bahawa BN berdepan kesukaran mencapai sasaran memenangi 40 kerusi, khususnya di kawasan majoriti pengundi Cina, Mohamad enggan membuat sebarang spekulasi dan menyifatkan perkara itu sebagai subjektif.

Sebaliknya, beliau berkata BN memberi tumpuan kepada kempen berasaskan rekod pentadbiran kerajaan negeri serta usaha meneruskan pembangunan Johor di bawah kepimpinan Menteri Besar.

Menurutnya, Johor kini berada pada kedudukan terbaik dari segi penerimaan pelaburan asing, yang dijangka meningkatkan hasil negeri dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Beliau berkata peningkatan hasil tersebut akan terus dimanfaatkan bagi kesejahteraan rakyat menerusi pelbagai inisiatif dan bantuan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

Sebelum ini, dalam satu temu bual bersama Oriental Daily, Nga Kor Ming dilaporkan berkata DAP tidak menolak kemungkinan menarik diri daripada kerajaan sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak dibebaskan lebih awal kerana perkara itu disifatkan sebagai “garis merah” parti tersebut.

Nga turut mendakwa UMNO Johor beberapa kali menyuarakan hasrat supaya Najib dibebaskan lebih awal dan menyifatkan slogan “UMNO menang besar, Najib pulang ke rumah” sebagai agenda parti berkenaan.

Beliau turut berkata bahawa sekiranya Najib dibebaskan “tanpa sebarang kesalahan”, beliau akan menjadi individu pertama yang meletakkan jawatan.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author