Connect with us

Terkini

Kor Ming dakwa Kelantan di bawah PAS banyak kes AIDS, rogol, dadah dan orang miskin

Published

on

Foto: Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming.
  • “Kelantan diperintah Pas lebih 30 tahun. Apa akhirnya yang berlaku? Berapa banyak. Apa yang banyak? Pertama banyak kes AIDS. Kedua banyak kes rogol. Ketiga banyak kes dadah. Keempat kadar pengangguran tinggi. Kelima banyak orang miskin. Keenam banyak bakat tempatan berhijrah ke luar negeri,” – Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming
  • Dalam rakaman berdurasi pendek itu, Nga membangkitkan tempoh pentadbiran PAS di Kelantan yang menurutnya telah melebihi 30 tahun, sebelum mempersoalkan hasil pemerintahan parti itu.

KUALA LUMPUR — Satu rakaman video yang didakwa memaparkan ucapan Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming Kembali tular baru-baru ini di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

Dalam rakaman berdurasi pendek itu, Nga membangkitkan tempoh pentadbiran PAS di Kelantan yang menurutnya telah melebihi 30 tahun, sebelum mempersoalkan hasil pemerintahan parti itu.

Beliau kemudian mendakwa Kelantan berdepan pelbagai isu sosial dan ekonomi, termasuk peningkatan kes HIV/AIDS, kes rogol, penyalahgunaan dadah, kadar pengangguran yang tinggi, kemiskinan serta penghijrahan bakat tempatan ke negeri lain.

Rakaman itu turut memaparkan kenyataan bahawa sekiranya PAS masih boleh dipercayai, “maka babi betina pun boleh memanjat pokok”, yang dipercayai diungkap sebagai sindiran terhadap parti berkenaan.

Video berkenaan kini tersebar meluas di pelbagai platform media sosial dan mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna internet mengenai kandungan ceramah tersebut.

Setakat laporan ini ditulis, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Nga Kor Ming atau DAP bagi mengulas rakaman video yang tular itu.- The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author