Connect with us

Terkini

Belas ihsan tidak boleh gadaikan kedaulatan negara – Sultan Pahang

Published

on

Foto: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
  • Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan supaya kemurahan hati dan sikap berperikemanusiaan rakyat negara ini tidak disalah tafsir sehingga pihak yang diterima atas dasar kemanusiaan akhirnya melangkaui batas kedudukan mereka.
  • Baginda bertitah, rakyat semakin gusar apabila melihat golongan tertentu yang pada asalnya diterima atas dasar kemanusiaan kini semakin berani mengemukakan pelbagai tuntutan yang tidak selari dengan kedudukan mereka di negara ini.
  • “Jangan sampai biduk yang ditumpangkan akhirnya mahu menentukan haluan nakhoda. Jangan sampai kerana terlalu murah hati, tuan rumah pula dipersoalkan haknya di rumah itu sendiri,” titah baginda.

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan supaya kemurahan hati dan sikap berperikemanusiaan rakyat negara ini tidak disalah tafsir sehingga pihak yang diterima atas dasar kemanusiaan akhirnya melangkaui batas kedudukan mereka.

Baginda bertitah, rakyat semakin gusar apabila melihat golongan tertentu yang pada asalnya diterima atas dasar kemanusiaan kini semakin berani mengemukakan pelbagai tuntutan yang tidak selari dengan kedudukan mereka di negara ini.

“Jangan sampai biduk yang ditumpangkan akhirnya mahu menentukan haluan nakhoda. Jangan sampai kerana terlalu murah hati, tuan rumah pula dipersoalkan haknya di rumah itu sendiri,” titah baginda.

Menurut baginda, Islam sememangnya mengajar umatnya supaya berlaku ihsan terhadap mereka yang ditimpa musibah, kehilangan tanah air serta menjadi mangsa peperangan dan penindasan.

Namun, titah baginda, nilai rahmah dan belas ihsan yang dianjurkan agama tidak bermaksud kedaulatan negara boleh diketepikan atau batas yang ditetapkan undang-undang boleh diabaikan.

“Sesungguhnya belas ihsan itu lambang kemuliaan sebuah bangsa tetapi kedaulatan negara adalah amanah yang tidak boleh digadai,” titah baginda.

Al-Sultan Abdullah bertitah, dalam adat Melayu dan ajaran Islam, tetamu sentiasa dimuliakan, namun mereka juga perlu memahami adab, menghargai budi serta menghormati undang-undang negara.

“Namun tetamu yang mengenal adab akan tahu menghargai budi, menghormati undang-undang dan memahami batas dirinya,” titah baginda.

Baginda turut menegaskan bahawa rakyat negara ini telah lama menunjukkan sifat pemurah dan berperikemanusiaan kepada mereka yang memerlukan perlindungan serta bantuan.

Bagaimanapun, kemurahan hati tersebut tidak seharusnya dianggap sebagai satu kelemahan atau membuka ruang kepada tuntutan yang melangkaui kewajaran.

“Namun kemurahan hati itu jangan sekali-kali disalah tafsir sebagai satu kelemahan. Tangan yang menghulurkan bantuan tidak seharusnya dibalas dengan suara yang semakin meninggi, apatah lagi dengan tuntutan yang semakin menjauh daripada kewajaran,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika bercemar duli menyempurnakan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1448 Hijrah Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur di Laman Sejahtera Jelai, Sungai Koyan. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author