Connect with us

Terkini

Wanita 41 tahun dakwa dirogol beramai-ramai 10 Lelaki

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Menurut pihak polis, sebelum kejadian, mangsa baru sahaja bertengkar dengan suaminya dan sedang dalam perjalanan ke rumah ibu bapanya ketika kejadian itu berlaku.
  • “Mangsa mendakwa ketika dia sedang berdiri berhampiran sebuah kedai pada 3 Jun, seorang remaja lelaki menghampirinya dan menawarkan tumpangan ke rumah keluarganya.
  • “Suspek menawarkan minuman sejuk kepada mangsa dan selepas meminumnya, wanita itu jatuh pengsan. Kemudian, dia  dibawa ke tempat terpencil dan dirogol secara bergilir-gilir,” katanya.

DAVANAGERE – Seorang wanita berusia 41 tahun didakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh sepuluh individu di kawasan pentadbiran balai polis Basavapattna, India pada 3 Jun. 

Menurut pihak polis, sebelum kejadian, mangsa baru sahaja bertengkar dengan suaminya dan sedang dalam perjalanan ke rumah ibu bapanya ketika kejadian itu berlaku.

Mangsa didakwa dipaksa minum minuman keras oleh para tertuduh lalu dibawa ke sebuah kawasan terpencil di mana dia dirogol secara bergilir-gilir. 

Para tertuduh juga telah merakam kejadian tersebut melalui video dan kemudiannya memadamkannya.

Polis Basavapattna segera bertindak sebaik sahaja menerima aduan dan menahan para tertuduh, serta sedang menyiasat perkara ini.

Apabila video serangan seksual tersebut tular di kampung berkenaan, mangsa yang terselamat telah memfailkan aduan di balai polis Basavapattana, dengan menamakan para tertuduh. 

Menurut pihak polis, satu insiden rogol bergilir-gilir terhadap seorang wanita pertengahan umur oleh sekumpulan 10 orang, termasuk seorang remaja lelaki bawah umur, telah dilaporkan di kawasan balai polis Basavapattana.

“Mangsa telah mendakwa di dalam aduannya bahawa ketika dia sedang berdiri berhampiran sebuah kedai pada 3 Jun, seorang remaja lelaki menghampirinya dan menawarkan tumpangan ke rumah keluarganya. 

“Suspek menawarkan minuman sejuk kepada mangsa dan selepas meminumnya, wanita itu jatuh pengsan. Kemudian, dia telah dibawa ke tempat terpencil dan dirogol secara bergilir-gilir,” katanya.

Memandangkan tertuduh memadamkan video kejadian tersebut, satu kes pemusnahan bahan bukti juga telah difailkan terhadap mereka. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author