Connect with us

Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam dipinggir dalam sesi libat urus Suruhanjaya Keharmonian

Published

on

Foto: Pendakwah bebas, Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Pendakwah bebas, Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah mengulas penganjuran Sesi Libat Urus Cadangan Penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional melibatkan NGO yang bakal berlangsung Isnin ini bagi mendapatkan  input dan maklum balas mengenai draf Kertas Dasar penubuhan suruhanjaya tersebut.
  • “Kenapa pihak penganjur tidak memanggil NGO yang sudah stabil (established)? Saya rasa ada benda yang tidak kena dengan jemputan sebegini. Dalam senarai tersebut, wakil bukan Islam lebih ramai daripada wakil Islam, sedangkan penduduk Islam di negara ini majoriti,” katanya.
  • Mohd Ridhuan turut melahirkan rasa kesal apabila pertubuhan yang mempunyai kredibiliti serta keahlian yang besar seperti PERKIM yang ditubuhkan sejak 1960 dan memiliki kira-kira 50,000 ahli di seluruh negara diketepikan daripada sesi perbincangan libat urus tersebut.

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak memerlukan suruhanjaya baharu seperti Suruhanjaya Keharmonian Nasional memandangkan negara sudah mempunyai agensi sedia ada termasuk Jawatankuasa Keharmonian.

Pendakwah bebas, Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah berpendapat, Malaysia selama ini berada dalam keadaan aman dan damai, manakala kekecohan hanya timbul apabila terdapat pihak tertentu yang melanggar undang-undang melalui pembinaan haram. 

Menurutnya, isu pelanggaran undang-undang inilah yang sepatutnya menjadi fokus utama untuk ditangani oleh pihak kerajaan.

“Pandangan saya, Suruhanjaya Keharmonian Nasional ini sebenarnya tidak perlu ditubuhkan kerana kita sudah mempunyai Jawatankuasa Keharmonian. Lagipun, negara kita selama ini aman damai tanpa sebarang masalah besar. 

“Kekecohan hanya timbul apabila terdapat pihak tertentu yang melanggar undang-undang dengan membina binaan haram. Inilah masalah yang sepatutnya ditangani terlebih dahulu, bukannya bertemu dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO-NGO) yang tidak relevan dengan penubuhan suruhanjaya ini,” katanya ketika ditemui.

Beliau mengulas penganjuran Sesi Libat Urus Cadangan Penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional melibatkan NGO yang bakal berlangsung Isnin ini bagi mendapatkan  input dan maklum balas mengenai draf Kertas Dasar penubuhan suruhanjaya tersebut.

Mohd Ridhuan turut mempersoalkan senarai komposisi NGO yang dijemput pada sesi libat urus berkenaan.

“Kenapa pihak penganjur tidak memanggil NGO yang sudah stabil (established)? Saya rasa ada benda yang tidak kena dengan jemputan sebegini. Dalam senarai tersebut, wakil bukan Islam lebih ramai daripada wakil Islam, sedangkan penduduk Islam di negara ini majoriti,” katanya.

Mohd Ridhuan turut melahirkan rasa kesal apabila pertubuhan yang mempunyai kredibiliti serta keahlian yang besar seperti PERKIM yang ditubuhkan sejak 1960 dan memiliki kira-kira 50,000 ahli di seluruh negara diketepikan daripada sesi perbincangan libat urus tersebut.

“Kita pelik NGO yang ‘pelik-pelik’ pula yang dijemput. Saya rasa ini tidak adil dan memperlihatkan ada kepincangan dalam jawatankuasa atau suruhanjaya yang ingin ditubuhkan ini,” tambahnya lagi.

Senada dengan pandangan tersebut, Presiden PERKID, Masridzi Sat turut mempertikaikan ketelusan Kementerian Perpaduan dalam menguruskan komposisi jemputan yang didakwa tidak mewakili populasi majoriti umat Islam.

Beliau menegaskan bahawa ketidakseimbangan ini dibimbangi akan menyebabkan suara NGO Islam yang ingin memberikan penegasan tentang isu agama akan tenggelam dalam kumpulan lain.

“Justeru, kami mempersoalkan ketelusan dan kejujuran kementerian; jika mereka benar-benar jujur, penglibatan haruslah adil mengikut populasi kaum yang ada,” tegas beliau. — The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author