Connect with us

Terkini

Wanita Sikh dirogol kerana disangka Muslim

Published

on

Foto: John Ashby, 32
  • Seorang lelaki dari Britain, John Ashby, 32 tahun, yang dipercayai menyangka mangsanya seorang Muslim, telah mengaku salah kerana merogol seorang wanita Sikh di rumah wanita itu.
  • Mahkamah dimaklumkan bahawa ketika serangan, Ashby berterusan melontarkan kata-kata berunsur Islamofobia kerana menyangka mangsa adalah seorang Muslim, sedangkan mangsa sebenarnya seorang Sikh.
  • Kejadian itu bermula apabila Ashby mengekori mangsa selepas dia turun dari bas dan memasuki rumah mangsa tanpa disedari.

BIRMINGHAM – Seorang lelaki dari Britain, John Ashby, 32 tahun, yang dipercayai menyangka mangsanya seorang Muslim, telah mengaku salah kerana merogol seorang wanita Sikh di rumah wanita itu sambil melontarkan kata-kata kesat berunsur agama. 

Perbicaraan Ashby bermula di Mahkamah Mahkota Birmingham pada hari Isnin. 

Mahkamah dimaklumkan bahawa ketika serangan, Ashby berterusan melontarkan kata-kata berunsur Islamofobia kerana menyangka mangsa adalah seorang Muslim, sedangkan mangsa sebenarnya seorang wanita Sikh.

Menurut BBC yang memetik keterangan di mahkamah, kejadian itu bermula apabila Ashby mengekori mangsa selepas dia turun dari bas. 

Tanpa disedari mangsa, dia memasuki rumah wanita tersebut dengan membawa sebatang kayu sepanjang kira-kira dua kaki.

Apabila mangsa terdengar bunyi di dalam rumahnya, dia cuba mengunci diri di bilik air, namun Ashby memecah masuk dan merogolnya.

Pendakwa raya, Phil Bradley KC, memberitahu mahkamah bahawa sebaik sahaja berada di dalam bilik air, Ashby memadamkan lampu dan berkata dia “datang untuk berseronok”.

Dua hari selepas kejadian, Ashby ditahan di kawasan Perry Barr, Birmingham.

Semasa siasatan polis, apabila ditunjukkan gambar mangsa dan ditanya sama ada dia mengenalinya, Ashby bertanya mengapa wanita itu tidak memakai hijab. 

Mahkamah diberitahu bahawa sepanjang serangan itu, walaupun mangsa menjerit meminta tolong, Ashby memaksanya menanggalkan pakaian, memukulnya dengan kayu, mencekiknya, dan mengarahkannya masuk ke dalam tab mandi. 

Selepas merogol mangsa, dia menyuruh wanita itu pergi ke bilik tidur dan berbaring di atas katil.

Serangan tersebut hanya berakhir apabila Ashby terkejut dengan bunyi dari luar rumah lalu melarikan diri, sambil membawa barang kemas dan telefon bimbit mangsa.

Mangsa segera mendapatkan bantuan, dan polis tiba dalam masa beberapa minit. 

Beberapa hari kemudian, mangsa mengenal pasti Ashby dalam satu perbarisan pengecaman. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author