Connect with us

Terkini

‘Dirasuk Kolonialisme’ – Profesor Murad Merican kritik pengulangan imej Francis Light

Published

on

Foto: Profesor Datuk Dr Ahmad Murad Merican.
  • Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual di Institusi Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), UIAM, Profesor Datuk Dr Ahmad Murad Merican berkata, paparan sejarah yang terus menonjolkan tokoh penjajah seperti Francis Light mencerminkan kecenderungan naratif kolonial yang berlarutan meskipun negara telah lama merdeka.
  • “Ini gejala dirasuk oleh kolonialisme. Setiap kali kita siarkan cerita sebegini, setiap kalilah kita tonjol imej patung(Francis Light) itu,” katanya.
  • Beliau menegaskan bahawa pengulangan imej Francis Light dalam media, buku dan teks sejarah sekolah menunjukkan pengaruh pemikiran kolonial yang masih kuat.

KUALA LUMPUR – Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual di Institusi Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), menegur agensi kerajaan dan media tempatan yang disifatkan masih terperangkap dalam kerangka pemikiran kolonial, khususnya dalam naratif sejarah pembukaan Pulau Pinang.

Profesor Datuk Dr Ahmad Murad Merican berkata, paparan sejarah yang terus menonjolkan tokoh penjajah seperti Francis Light mencerminkan kecenderungan naratif kolonial yang berlarutan meskipun negara telah lama merdeka.

Menurut beliau, cara sejarah Kedah–Pulau Pinang dipersembahkan wajar disemak semula secara lebih objektif dan tidak terlalu “meromantiskan” penjajahan.

“Naratif Arkib Negara masih bersifat kolonial. Saya mohon semak semula cerita Kedah–Pulau Pinang. Kita amat meromantiskan penjajahan di Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau menegaskan bahawa pengulangan imej Francis Light dalam media, buku dan teks sejarah sekolah menunjukkan pengaruh pemikiran kolonial yang masih kuat.

“Ini gejala dirasuk oleh kolonialisme. Setiap kali kita siarkan cerita sebegini, setiap kalilah kita tonjol imej patung(Francis Light) itu,” katanya.

Ahmad Murad turut menggesa editor, penulis, penerbit dan kurator, khususnya dalam kalangan Melayu, agar lebih kritikal dan tidak terus dibelenggu dengan simbol serta imej penjajah dalam liputan sejarah.

Beliau turut mempersoalkan kewajaran untuk terus menampilkan tokoh-tokoh kolonial dalam konteks yang dilihat seolah-olah mengangkat mereka.

“Nyahkanlah imej-imej kolonial itu… Apakah kita terus hendak bersubahat, walaupun dalam liputan sejarah?” soalnya.

Kenyataan itu dibuat sebagai reaksi terhadap satu hantaran di media sosial oleh Astro Awani yang memetik Arkib Negara Malaysia dan Visit Penang berhubung ulang tahun ke-235 peristiwa melibatkan Sultan Kedah dan Perjanjian Persahabatan serta Keamanan Inggeris-Kedah.

Hantaran tersebut turut memaparkan gambar patung Francis Light yang terletak di George Town, Pulau Pinang, sekali gus mencetuskan semula perbahasan mengenai cara sejarah negara dipersembahkan kepada umum.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author