Connect with us

Terkini

KPM akan semak semula silibus pembelajaran tahap satu

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuat semakan semula terhadap silibus pembelajaran tahap satu seperti desakan pakar pendidikan sebelum ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

KPM akan semak semula silibus pembelajaran tahap satu
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Menterinya, Fadhlina Sidek berkata perkara itu sudah dalam rancangan, namun beliau tidak mengatakan berapa lama jangka masa yang akan diambil. 
  • Silibus pembelajaran murid sekolah rendah tahap satu sepatutnya mengambil kira tahap kemampuan kanak-kanak dan tidak terlalu sukar sehingga membebankan. – Pakar Pendidikan
  • Fadhlina juga memaklumkan akan teruskan dasar pendidikan sedia ada yang dilaksanakan oleh kerajaan dahulu, termasuk Transformasi Pendidikan.
  • “Bukan hanya diteruskan malah, dasar itu akan ditambah baik dengan proses penyampaian bagi menjamin kecekapan dan keberkesanannya,” katanya.

PUTRAJAYA, 16 Disember 2022 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuat semakan semula terhadap silibus pembelajaran tahap satu seperti desakan pakar pendidikan sebelum ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata perkara itu sudah dalam rancangan, namun beliau tidak mengatakan berapa lama jangka masa yang akan diambil.

Sebelum ini, pakar pendidikan berpendapat silibus pembelajaran murid sekolah rendah tahap satu sepatutnya mengambil kira tahap kemampuan kanak-kanak dan tidak terlalu sukar sehingga membebankan.

Justeru, KPM harus menyemak semula silibus pembelajaran terutamanya tahap satu yang sebenarnya perlu terlebih dahulu menguasai kemahiran asas seperti mengira dan mengeja.

Dalam pada itu, Fadhlina juga memaklumkan akan meneruskan dasar pendidikan sedia ada yang dilaksanakan oleh Kerajaan dahulu, termasuk Transformasi Pendidikan.

“Bukan hanya diteruskan malah, dasar itu akan ditambah baik dengan proses penyampaian bagi menjamin kecekapan dan keberkesanannya.”

Katanya, KPM akan mempertingkatkan kerjasama dengan semua pihak termasuk Persatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM), Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) bagi mendapatkan pandangan serta input bagi memastikan pelaksanaan berjalan dengan lancar.

“Adalah menjadi hasrat saya untuk melihat murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera, dan ini akan menjadi keutamaan KPM.”

Sumber: Samudera

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *