Terkini
Hanya RM92.5 bilion dana kerajaan disiasat SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengarahkan siasatan terhadap dana kerajaan sebanyak RM92.5 bilion yang didakwa diseleweng ketika pentadbiran Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.
- SPRM mengarahkan siasatan terhadap dana kerajaan sebanyak RM92.5 bilion yang didakwa diseleweng ketika pentadbiran Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.
- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini menjelaskan siasatan awal mendapati hanya jumlah itu membabitkan dana kerajaan sedangkan RM437.5 bilion bukan daripada kerajaan.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengarahkan siasatan terhadap dana kerajaan sebanyak RM92.5 bilion yang didakwa diseleweng ketika pentadbiran Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.
Suruhanjaya itu hari ini menjelaskan siasatan awal mendapati hanya jumlah itu membabitkan dana kerajaan sedangkan RM437.5 bilion bukan daripada kerajaan.
“Pihak Kementerian Kewangan sedang memperincikan pecahan tersebut dan akan menyerahkannya kepada SPRM pada minggu hadapan,” kata badan itu.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas SPRM menerima butiran daripada Kementerian Kewangan mengenai pecahan dana pakej rangsangan ekonomi yang dibelanjakan kerajaan pada tahun 2020 dan 2021 berkaitan pengurusan Covid-19.
Pada 30 November, Ahli Parlimen Hulu Langat yang juga Pengarah Biro Mobilisasi, Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sany Hamzan membuat laporan polis berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dana RM600 bilion yang didakwa berlaku semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bagaimanapun dakwaan tersebut dinafikan bekas Perdana Menteri itu.
Sumber : MalaysiaKini