Antarabangsa
(VIDEO) Piala Dunia 2022: Berkat Al-Fatihah, Maghribi tewaskan Sepanyol ke suku akhir
Pasukan Maghribi mencipta sejarah apabila mara ke pentas suku akhir Piala Dunia 2022 dengan menewaskan Sepanyol 3-0 menerusi penentuan sepakan penalti selepas aksi terikat seri tanpa jaringan pada pusingan 16 terbaik semalam.

Menerusi satu klip video di laman sosial, pasukan Atlas Lion dilihat membaca Surah Al-Fatihah bersama-sama di tengah padang Stadium Education City sejurus sebelum melakukan sepakan yang menewaskan skuad La Roja itu.
View this post on Instagram
Kemenangan itu diraikan warga Arab di seluruh dunia yang berbangga dengan kemuculan Maghribi sebagai wakil pertama negara Arab yang mara ke suku akhir kejohanan tersebut.
Antara meraikan kejayaan pasukan Maghribi adalah rakyat Palestin di Gaza yang meraikan dan menaikkan bendera negara itu di jalanan wilayah yang dikepung rejim zionis Israel itu.
Pasukan yang diuruskan Walid Regragui itu turut membariskan pemain bertaraf bintang mereka seperti Hakim Ziyech, Achraf Hakimi dan penjaga gol utama, Yassine Bounou.
Perlawanan suku akhir dijadualkan Sabtu ini di Stadium Al Thumama, dimana Maghribi akan berdepan Portugal yang telah membelasan Switzerland 6-1.