Terkini
‘Muafakat Nasional’ diaktifkan susulan Anwar jadi PM
Berikutan pengumuman Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ke-10, bekas setiausaha agung Umno Annuar Musa berkata beliau akan “mengaktifkan” NGOnya yang dinamakan Muafakat Nasional tidak lama lagi.
- Bekas setiausaha agung Umno Annuar Musa akan “mengaktifkan” NGO nya yang dinamakan Muafakat Nasional tidak lama lagi.
- Katanya, NGO itu berperanan memupuk kerjasama dan perpaduan dalam kalangan ummah dan kukuhkan sistem politik, berdasarkan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.
- Ujarnya, keputusan YDPA lantik Anwar ke jawatan tertinggi perlu dihormati, sebarang perhimpunan dan aktiviti yang boleh membawa kepada ketidakharmonian mesti dihentikan.
PETALING JAYA: Berikutan pengumuman Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ke-10, bekas setiausaha agung Umno Annuar Musa berkata beliau akan “mengaktifkan” NGOnya yang dinamakan Muafakat Nasional tidak lama lagi.
Dalam catatan Facebook, Annuar berkata NGO itu akan berperanan untuk memupuk kerjasama dan perpaduan dalam kalangan ummah dan mengukuhkan sistem politik, berdasarkan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.
Bekas ahli parlimen Ketereh itu juga berkata, keputusan Yang di-Pertuan Agong melantik Anwar ke jawatan tertinggi perlu dihormati oleh semua rakyat Malaysia.
Beliau berkata, tumpuan kerajaan baharu kini seharusnya tertumpu kepada memastikan kestabilan negara dan membawa kemakmuran untuk rakyat.
“Sebarang perhimpunan dan aktiviti yang boleh membawa kepada ketidakharmonian mesti dihentikan,” katanya sambil menandatangani jawatannya sebagai presiden “Muafakat Nasional (NGO)”.
Bulan lalu, seorang pembantu Annuar menjelaskan Muafakat Nasional bukan parti politik tetapi didaftarkan sebagai NGO dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (JPPM).
Sumber : Free Malaysia Today