Connect with us

Terkini

Cecair vape RM1 setitik, jerat remaja ke penagihan dadah

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Dengan RM1, remaja boleh dapatkan setitik cecair vape dikhuatiri mengandungi bahan terlarang sekali gus mampu menjerat mereka ke arah penagihan dadah.
  • Pengerusi Majlis Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Kedah, Datuk Dr Zulkifly Mohamad berkata bahan terlarang dalam vape itu memberi kesan terus kepada sistem saraf dan otak, menyebabkan kerosakan kekal yang sukar dipulihkan.
  • Pengedaran vape dicampur bahan bahaya kini semakin mudah diperoleh remaja kerana dijual tanpa kawalan, malah sering dipasarkan dalam bentuk titisan yang sukar dikesan.

KUALA LUMPUR — Dengan harga serendah RM1, remaja kini boleh mendapatkan setitik cecair vape atau rokok elektronik yang dikhuatiri mengandungi bahan terlarang sekali gus mampu menjerat mereka ke arah penagihan dadah.

Pengerusi Majlis Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Kedah, Datuk Dr Zulkifly Mohamad berkata trend itu sangat membimbangkan dan kian menular dalam kalangan pelajar sekolah.

Zulkifly berkata bahan terlarang dalam vape itu memberi kesan terus kepada sistem saraf dan otak, menyebabkan kerosakan kekal yang sukar dipulihkan, berbeza dengan dadah konvensional yang masih ada ruang rawatan jika dikesan awal.

Katanya, pengedaran vape dicampur bahan bahaya kini semakin mudah diperoleh remaja kerana dijual tanpa kawalan, malah sering dipasarkan dalam bentuk titisan yang sukar dikesan.

“Sekarang ini, dengan RM1 pun sudah boleh dapat satu titis vape. Kita tahu ada vape yang sudah dicampur bahan terlarang.

“Masalahnya, benda ini tidak boleh dikesan dengan mudah, dan apabila sudah rosakkan saraf otak anak-anak kita, masa itu sudah terlambat,” katanya dilapor Harian Metro hari ini.

Dalam masa sama, Zulkifly menggesa ibu bapa dan guru supaya lebih peka terhadap perubahan tingkah laku anak-anak, terutamanya jika mula menunjukkan kelainan seperti murung, agresif atau sering menyendiri.

Beliau juga menyarankan supaya undang-undang berkaitan vape dikaji semula, terutama membabitkan produk yang dicampur dadah, agar pengedar dan penjual dapat dihadapkan ke muka pengadilan dengan lebih tegas.

“Ini bukan soal rokok elektronik biasa. Ini vape yang dicampur dadah dan ia sedang merosakkan otak anak-anak kita dalam diam.

“Kita bukan bercakap soal vape biasa, tapi vape yang dicampur dadah seperti syabu dan mushroom . Ini sangat berbahaya. Perlu ada undang-undang yang lebih kukuh supaya tindakan boleh diambil terhadap pengedar,” katanya. — The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author