Terkini
Calon PKR Padang Serai meninggal dunia
Calon kerusi Parlimen P.017 dari PKR, M Karupaiya meninggal dunia di Hospital Kulim, pukul 2.20 petang ini.
- Calon kerusi Parlimen Padang Serai, M Karupaiya meninggal dunia di Hospital Kulim, pukul 2.20 petang tadi.
- Berita itu disahkan anak perempuan beliau, Dippah.
- Mendiang dimasukkan ke hospital malam tadi selepas mengadu sakit perut.
- Punca sebenar kematian masih belum diketahui setakat ini
PADANG SERAI: Calon kerusi Parlimen P.017 dari PKR, M Karupaiya meninggal dunia di Hospital Kulim, pukul 2.20 petang ini.
Berita sedih mengenai pemergian mendiang yang juga penyandang kerusi Parlimen Padang Serai itu disahkan oleh anak perempuan beliau, Dippah ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Difahamkan mendiang dimasukkan ke hospital malam tadi selepas mengadu sakit perut, namun setakat ini punca sebenar kematian masih belum diketahui.
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Karupaiya menang bergaya dengan majoriti 8,813 undi.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini, kerusi Parlimen Padang Serai menyaksikan persaingan enam penjuru dengan calon dari Barisan Nasional, Datuk Sivaraj Chandran, Hamzah Abd Rahman (Pejuang), Datuk Azman Nasrudin (Perikatan Nasional), Mohd Bakhri Hashim (Warisan) dan Amanda AK dari bebas.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Sumber: Astro Awani