Terkini
Pengurusan Aset Air Berhad raikan lebih 800 tetamu di Majlis Mekar Hari Raya

- Lebih 800 tetamu memeriahkan Majlis Mekar Hari Raya yang diadakan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) semalam untuk meraikan warga kerja, rakan strategik, rakan media dan NGO.
- Majlis yang menjadi tradisi tahunan bagi PAAB kali ini diadakan di InterContinental Kuala Lumpur dan berlangsung dengan meriah.
KUALA LUMPUR — Lebih 800 tetamu memeriahkan Majlis Mekar Hari Raya yang diadakan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) semalam untuk meraikan warga kerja, rakan strategik, rakan media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Majlis yang menjadi tradisi tahunan bagi PAAB kali ini diadakan di InterContinental Kuala Lumpur dan berlangsung dengan meriah.

Foto: Suasana di Majlis Mekar Hari Raya.
Ia turut dihadiri Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Ahmad Faizal Abdul Rahman, CEO Air Selangor, Adam Saffian Ghazali serta ramai lagi.

Foto: Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Ratusan tetamu bukan sahaja dihidangkan dengan pelbagai menu sajian Aidilfitri, tetapi turut dihiburkan dengan alunan muzik lagu raya yang menghidupkan suasana lebaran.
Turut disediakan ialah kios foto (photo booth) bagi merakam kenangan indah sepanjang majlis.
PAAB ialah sebuah syarikat milik penuh Kementerian Kewangan (Diperbadankan), yang ditubuh pada 5 Mei 2006 dengan objektif untuk menjadi syarikat induk bagi aset air negara.
Tanggungjawab utama PAAB ialah membangunkan infrastruktur air negara di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan, menggunakan pembiayaan kompetitif yang diperoleh daripada pasaran kewangan swasta. Selepas aset air itu dibangunkan, ia akan dipajak kepada pengendali air yang dilesenkan pengawal selia industri, iaitu SPAN untuk tujuan operasi dan penyelenggaraan.— The Merdeka Times

You must be logged in to post a comment Login