Terkini
Penganut Katolik di Malaysia berkabung, ratapi pemergian Paus Francis

- Menerusi hantaran di laman Facebook, Katedral St John the Evangelist di Kuala Lumpur menzahirkan kesedihan yang mendalam atas kematian Ketua Gereja Roman Katolik, Paus Francis.
- Katedral itu juga memuji kepimpinan penuh ihsan Paus berkenaan yang menyerlahkan peranan beliau sebagai pembimbing kepada gereja di seluruh dunia.
- “Beliau telah membimbing kami dengan penuh ihsan serta keberanian dan menyeru kami agar sentiasa saling menyayangi, bersatu padu selain berkhidmat kepada golongan miskin dan terpinggir,” menurut hantaran itu.
KUALA LUMPUR — Penganut Katolik di seluruh Malaysia berkabung dan meratapi pemergian Ketua Gereja Roman Katolik, Paus Francis, yang meninggal dunia semalam.
Menerusi hantaran di laman Facebook, Katedral St John the Evangelist di sini menzahirkan kesedihan yang mendalam atas kematian beliau.
Katedral itu juga memuji kepimpinan penuh ihsan Paus berkenaan yang menyerlahkan peranan beliau sebagai pembimbing kepada gereja di seluruh dunia.
“Beliau telah membimbing kami dengan penuh ihsan serta keberanian dan menyeru kami agar sentiasa saling menyayangi, bersatu padu selain berkhidmat kepada golongan miskin dan terpinggir,” menurut hantaran itu.
Ketua Biskop Kuala Lumpur turut mengeluarkan kenyataan yang mendoakan agar roh Paus Francis bersemadi dengan tenang.
Paus Francis, yang pertama dari Amerika Latin memegang jawatan sebagai Ketua Gereja Roman Katolik, menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 88 tahun.
Beliau sudah lama bertarung dengan pelbagai masalah kesihatan termasuk penyakit asma yang dikaitkan dengan trombositopenia.– BERNAMA
