Connect with us

Terkini

Tun Abdullah diberi Istiadat Pengebumian Negara

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi
  • Menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam kenyataan jenazah Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi akan dibawa ke Masjid Negara pada 8 pagi dan orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir di Dewan Solat Utama, Masjid Negara bermula 11 pagi hingga 1 tengah hari.
  • “Jenazah akan disembahyangkan selepas solat zuhur di Masjid Negara dan seterusnya dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur,” menurut kenyataan itu di Kuala Lumpur, malam semalam.

KUALA LUMPUR — Jenazah Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi akan dikebumikan mengikut Istiadat Pengebumian Negara.

Menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam kenyataan jenazah akan dibawa ke Masjid Negara pada 8 pagi dan orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir di Dewan Solat Utama, Masjid Negara bermula 11 pagi hingga 1 tengah hari.

“Jenazah akan disembahyangkan selepas solat zuhur di Masjid Negara dan seterusnya dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur,” menurut kenyataan itu di sini, malam semalam.

Menurut JPM pakaian bagi pelawat lelaki Islam adalah baju kebangsaan berwarna hitam, bersamping hitam tanpa sebarang corak serta bersongkok hitam dan ‘lounge suit‘ gelap bagi bukan Islam.

Pakaian bagi pelawat wanita Islam pula adalah baju kurung/kebaya labuh warna gelap dengan selendang/tudung putih manakala bagi bukan Islam pakaian sopan warna gelap dan berselendang putih.

“Selain itu, pakaian lain yang bersesuaian juga boleh dipakai,” menurut JPM.

JPM juga memaklumkan bahawa semua bangunan di dalam jarak radius dua kilometer daripada Masjid Negara hendaklah mengibarkan Jalur Gemilang separuh tiang sehingga selesai istiadat pengebumian.

Abdullah menghembuskan nafas terakhirnya semalam pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) di sini pada pukul 7.10 malam.– BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *