Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Saintis dakwa berjaya kembalikan semula spesies serigala putih yang pupus 13,000 tahun lalu

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Spesies serigala putih yang pupus 13,000 tahun lalu.

TEXAS – Syarikat bioteknologi yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Colossal Biosciences mengatakan ia berjaya mengembalikan semula spesies serigala putih yang ganas yang mana ia telah pupus selama 13,000 tahun.

Ketua saintis syarikat itu, Beth Shapiro berkata anjing digunakan untuk membantu melahirkan serigala putih itu, namun, tiada haiwan yang dicederakan dalam proses berkenaan.

“Jadi apabila saya melihat mereka dilahirkan dan mereka putih, kami yakin kami telah berjaya dalam mengklon serigala putih yg telah pupus,” katanya.

Bagaimanapun, tidak semua orang yakin. Seorang saintis, Dr. Julie Meachen yang memfokuskan kajiannya ke atas serigala berkata beliau kagum dengan pengumuman Colossal tetapi masih ragu-ragu.

“Saya tidak fikir haiwan diklon itu sebenarnya serigala putih yang telah pupus. Apa yang dilahirkan ini mungkin sesuatu yang baharu, mungkin juga serigala kelabu yang kelihatan seperti serigala putih itu,” jelasnya.

Pakar biotik dan genetik dari Universiti Columbia, Dr. Robert Klitzman pula memberi amaran bahawa adalah penting untuk meneliti kesan pengklonan itu kepada ekosistem.

“Seseorang itu perlu berhati-hati dengan eksperimen yang membabitkan genetik, kerana mungkin ada perkara yang kita tidak faham.

“Anda mungkin menghasilkan serigala yang dua kali lebih ganas. Anda mungkin menghasilkan serigala super, atau tikus super, contohnya, yang memakan segala yang kelihatan.” katanya kepada ABC News.

Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Colossal Biosciences berkata beliau berharap teknologinya suatu hari nanti dapat membantu penjagaan kesihatan manusia dengan cara yang bermakna.

“Kami bukan yayasan, bukan juga badan tidak berasaskan keuntungan, kami juga bukan kumpulan pemikir akademik. Kami memang cuba benar-benar membangunkan produk dan membina teknologi,” katanya.

Pelabur projek berkenaan termasuk selebriti Hollywood termasuk Tom Brady, Tiger Woods, Paris Hilton dan Peter Jackson.

Colossal Biosciences sebelum ini  terkenal dengan cita-cita tingginya untuk mengembalikan gajah gergasi berbulu yang telah pupus menjelang 2028.

Syarikat itu juga dikatakan telah mengklon empat serigala merah, haiwan yang sangat terancam dengan kurang 30 ekor dianggarkan masih tinggal dalam hidupan liar. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *