Connect with us

Antarabangsa

Israel digesa hentikan program nuklear – Menteri Luar Palestin

Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki pada Isnin menggesa Israel menghentikan program nuklear bagi mewujudkan zon bebas senjata nuklear, lapor Xinhua.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Israel digesa hentikan program nuklear - Menteri Luar Palestin
  • Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki pada Isnin gesa Israel hentikan program nuklear bagi wujudkan zon bebas senjata nuklear.
  • Ia reaksi langkah Jawatankuasa Pertama Perhimpunan Agung PBB menerima pakai resolusi dikemukakan Mesir yang gesa Israel hapuskan senjata nuklearnya.
  • “Israel bertanggungjawab menetapkan programnya dipantau Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) kerana ia satu-satunya pihak di Timur Tengah memiliki senjata pemusnah besar-besaran terutamanya senjata nuklear.”
  • Israel perlu patuhi peraturan undang-undang antarabangsa yang berkaitan.

RAMALLAH – Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki pada Isnin menggesa Israel menghentikan program nuklear bagi mewujudkan zon bebas senjata nuklear, lapor Xinhua.

Al-Maliki berkata demikian sebagai reaksi kepada langkah Jawatankuasa Pertama Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima pakai resolusi dikemukakan Mesir yang menggesa Israel menghapuskan senjata nuklearnya.

Sambil menyambut baik penerimaan resolusi itu, beliau berkata: “Israel bertanggungjawab menetapkan programnya untuk dipantau Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) kerana ia satu-satunya pihak di Timur Tengah yang memiliki senjata pemusnah besar-besaran terutamanya senjata nuklear.”

Beliau berkata, penting bagi Israel untuk mematuhi peraturan undang-undang antarabangsa yang berkaitan.

Media Israel melaporkan pada Isnin, Jawatankuasa Pertama Perhimpunan Agung PBB memutuskan Israel harus memusnahkan senjata nuklearnya.

Resolusi yang dikemukakan Mesir dan disokong Jordan, Maghribi, Pihak Berkuasa Palestin dan Bahrain itu turut mahu Israel meletakkan kemudahan nuklearnya di bawah pengawasan IAEA.

Jawatankuasa Pertama itu ialah satu daripada enam jawatankuasa utama PBB yang menangani isu pelucutan senjata nuklear global.

Dalam langkah yang tidak pernah berlaku sebelum ini, jawatankuasa itu menggesa Israel untuk segera bersetuju dengan Perjanjian Percambahan Senjata Nuklear, tidak membangunkan, mengilang, menguji dan berhenti memperoleh senjata nuklear.

Sumber : Bernama

Author