Terkini
Agen Mossad penyokong tegar PH?
Baru-baru ini media tempatan melaporkan warga Palestin diculik sekumpulan rakyat Malaysia yang dipercayai direkrut agensi perisikan Israel, Mossad bagi membantu rejim zionis memburu anggota Hamas di Malaysia sekali gus mendakwa misi itu diketuai oleh wanita tempatan.

- Sekumpulan warga tempatan didakwa menculik warga Palestin yang dipercayai direkrut agensi perisikan Israel.
- Penculikan itu didalangi pasangan suami isteri warga tempatan dipercayai penyokong tegar Pakatan Harapan (PH).
- Perkara itu didakwa tidak mengejutkan susulan Anwar Ibrahim sebelum ini menyatakan sokongannya terhadap negara Israel.
KUALA LUMPUR – Baru-baru ini media tempatan melaporkan warga Palestin diculik sekumpulan rakyat Malaysia yang dipercayai direkrut agensi perisikan Israel, Mossad bagi membantu rejim zionis memburu anggota Hamas di Malaysia sekali gus mendakwa misi itu diketuai oleh wanita tempatan.
Wanita berusia lingkungan 30 tahun itu difahamkan telah dilatih menjadi penyiasat persendirian sebelum dipercayai direkrut oleh ejen Mossad sebelum 2018.
Tahun itu adalah tahun yang sama dilaporkan berkenaan ejen Mossad di Malaysia yang didakwa menembak mati Dr Fadi Mohammed Al Batsh, 35, iaitu seorang profesor Palestin dan merupakan ahli Hamas.
Menurut hantaran Facebook, Lim Sian See, wanita Malaysia itu kemudiannya dihantar untuk menjalankan latihan di luar negara, termasuk di Eropah bagi menguasai seni pengintipan.
Lim berkata kumpulan itu telah ditangkap termasuk dalang utama yang melibatkan pasangan suami isteri.
“Pasangan Malaysia itu kini dikenal pasti sebagai Nidarahayu Zainal, 34, dan suami Raibafie Amdan, 39 tahun.
“Seperti yang ditunjukkan oleh hantaran mereka sebelum ini di Instagram dan Facebook kedua-dua suami dan isteri itu adalah penyokong tegar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Harapan (PH),” katanya menerusi hantaran Facebook.
Rentetan daripada itu, Lim berkata perkara itu tidak mengejutkan ekoran Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah didakwa membuat kenyataan bahawa beliau menyokong untuk melindungi keselamatan negara Israel.
“Tidak mengejutkan kerana Anwar pernah kata, saya menyokong untuk melindungi keselamatan negara Israel,” katanya.
Sebelum ini, Anwar ketika ditemubual Wall Street Journal (WSJ) edisi Asia dilaporkan menyatakan sokongannya terhadap usaha menjaga keselamatan Israel dengan syarat aspirasi rakyat Palestin dihormati Israel.
