Connect with us

Antarabangsa

Australia tidak lagi iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara haram Israel

Australia pada Selasa tidak lagi mengiktiraf Baitulmaqdis Barat sebagai ibu negara haram Israel sekali gus menarik balik keputusan yang dibuat oleh kerajaan negara itu sebelum ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Australia tidak lagi iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara haram Israel
Foto: Menteri Luar Australia, Penny Wong.
  • Australia  tidak lagi mengiktiraf Baitulmaqdis Barat sebagai ibu negara haram Israel.
  • Ia sekali gus menarik balik keputusan yang dibuat oleh kerajaan negara itu sebelum ini.
  • Pihaknya tidak akan menyokong pendekatan yang menjejaskan penyelesaian dua negara.
  • “Kedutaan Australia sentiasa berada dan kekal di Tel Aviv” – Menteri Luar, Penny Wong.

SYDNEY – Australia pada Selasa tidak lagi mengiktiraf Baitulmaqdis Barat sebagai ibu negara haram Israel sekali gus menarik balik keputusan yang dibuat oleh kerajaan negara itu sebelum ini.

Menteri Luar, Penny Wong berkata, status bandar itu harus diputuskan melalui rundingan damai antara Israel dan Palestin.

Menurutnya, ia tidak boleh diputuskan melalui keputusan unilateral.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan menyokong pendekatan yang menjejaskan penyelesaian dua negara, katanya sambil menambah: “Kedutaan Australia sentiasa berada dan kekal di Tel Aviv”.

Pada tahun 2018, kerajaan konservatif yang diketuai oleh Perdana Menteri, Scott Morrison ketika itu mengikuti langkah bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dalam menamakan Baitulmaqdis Barat sebagai ibu negara Israel.

Tindakan itu menyebabkan tindak balas domestik di Australia dan menyebabkan pergeserannya dengan negara jiran, Indonesia yang mempunyai majoriti penduduk Muslim paling ramai di dunia. – Agensi

Sumber: Sinar Harian 

Author