Ekonomi
Dividen KWSP Shariah 2024 mungkin lebih 6 peratus, atasi simpanan konvensional – The Edge
- Menurut The Edge Malaysia, jangkaan positif itu hasil pendapatan pelaburan keseluruhan KWSP sebanyak RM57.57 bilion bagi sembilan bulan pertama tahun 2024, yang mencapai 85 peratus daripada RM67 bilion pendapatan pelaburan kasar dan 88 peratus daripada RM65.2 bilion pendapatan pelaburan bersih yang direkodkan untuk keseluruhan tahun 2023.
- Berdasarkan pengiraan The Edge, peluang untuk KWSP mengisytiharkan dividen 6 peratus untuk simpanan shariah pada 2024 adalah lebih tinggi berbanding simpanan konvensional.
- Ini adalah hasil daripada prestasi luar biasa bagi portfolio simpanan shariah pada suku ketiga, di mana pendapatan pelaburan suku tahunan melebihi 50 peratus berbanding dua suku pertama.
Menurut The Edge Malaysia, jangkaan positif itu hasil pendapatan pelaburan keseluruhan KWSP sebanyak RM57.57 bilion bagi sembilan bulan pertama tahun 2024, yang mencapai 85 peratus daripada RM67 bilion pendapatan pelaburan kasar dan 88 peratus daripada RM65.2 bilion pendapatan pelaburan bersih yang direkodkan untuk keseluruhan tahun 2023.
Berdasarkan pengiraan kasar yang dibuat The Edge, jika prestasi KWSP tidak terlalu teruk pada suku terakhir tahun 2024, dividen KWSP dijangka melebihi 5 peratus pada 2024 buat majoriti atau lebih daripada 90 peratus daripada 16.1 juta ahli KWSP yang mempunyai simpanan konvensional (SK).
Malah terdapat peluang yang baik untuk KWSP mengatasi dividen konvensional tahun lalu yang berjumlah 5.5 peratus dan bahkan mencecah 6 peratus.
Ini susulan pemilihan semula Donald Trump sebagai Presiden AS dan kelemahan mata wang pasaran baru muncul (termasuk ringgit) berbanding dolar AS apabila pasaran mengkaji semula kadar pengurangan kadar faedah yang dijangka oleh Rizab Persekutuan AS.
Pengiraan kasar The Edge ini berdasarkan perbandingan prestasi KWSP dalam sembilan bulan pertama tahun ini dengan prestasi sejarah mereka dan data yang dibuka kepada umum mengenai perkembangan KWSP dalam dua dekad yang lalu.
The Edge turut menjangkakan satu lagi kejutan positif melibatkan pencarum KWSP yang memilih pelaburan simpanan shariah (SS) iaitu kira-kira 1.52 juta atau 9.5 peratus daripada 16.1 juta ahli KWSP pada akhir 2023.
Dividen simpanan shariah dijangka melebihi 5.4 peratus yang diumumkan tahun lalu.
Malah menurut pengiraan The Edge, peluang untuk KWSP mengisytiharkan dividen 6 peratus untuk simpanan shariah pada 2024 adalah lebih tinggi berbanding simpanan konvensional.
Ini adalah hasil daripada prestasi luar biasa bagi portfolio simpanan shariah pada suku ketiga, di mana pendapatan pelaburan suku tahunan melebihi 50 peratus berbanding dua suku pertama.
Menurut kenyataan KWSP pada 11 November, jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM9.55 bilion telah dijana untuk simpanan shariah pada September 2024. Ini adalah peningkatan sebanyak 78 peratus berbanding RM5.36 bilion yang dijana pada enam bulan pertama 2024.
Jika prestasi suku ketiga ini diteruskan pada suku keempat, dividen untuk simpanan shariah mungkin mencecah 6.5 peratus atau 7 peratus. Angka yang terakhir ini secara matematik tidak dapat dicapai oleh simpanan konvensional kerana saiz portfolio yang lebih besar, menurut pengiraan kasar The Edge.
“Untuk memberi anggaran, pengiraan kasar kami menunjukkan dividen KWSP untuk 2024 akan berada di antara 5.4 peratus hingga 6.4 peratus untuk simpanan konvensional dan antara 5.5 peratus hingga 6.5 peratus untuk simpanan shariah,” jelas The Edge dalam laporan analisanya terkait dividen KWSP yang diterbitkan minggu ini. – The Merdeka Times