Agama
MRM anjur program fokus keberkesanan dakwah guna logik dan rasional
- Mengupas tentang sejauh mana keberkesanan berdakwah menggunakan logik dan rasional terhadap kelompok belum Muslim antara topik tumpuan program Multiracial Reverted Muslims (MRM) pada Khamis ini yang bertajuk, ‘Are There Limits to Rationality?’.
- Ketua Jabatan Dakwah MRM, Muhammad Azim Abdullah Suhaimin berkata program itu akan menampilkan felo penyelidik dan pengajar di The Sapience Institute yang juga pengarang buku, “No Doubt: Finding Certainty in a Age of Uncertainty” iaitu Sheikh Fahad Tasleem.
- “Selain daripada kita gunakan Al-Quran ataupun kitab-kitab agama, kita boleh guna juga logical dengan rational explanation… Penjelasan secara rasional dengan logical.
- “Sheikh Fahad pakar dalam explain tentang penggunaan cara berdakwah menggunakan rational dengan logical.
- “Jadi, dalam kes ni dia akan berkongsi tentang sejauh mana kita boleh guna logical dengan rational explanation dan apa dia punya limitasi, apa dia punya kekangan kekurangan dia, kelebihan dia dan sebagainya,” katanya kepada The Merdeka Times di sini pada Isnin.
KUALA LUMPUR — Mengupas tentang sejauh mana keberkesanan berdakwah menggunakan logik dan rasional terhadap kelompok belum Muslim antara topik tumpuan program Multiracial Reverted Muslims (MRM) pada Khamis ini di sini yang bertajuk, ‘Are There Limits to Rationality?’.
Ketua Jabatan Dakwah MRM, Muhammad Azim Abdullah Suhaimin berkata program itu akan menampilkan felo penyelidik dan pengajar di The Sapience Institute yang juga pengarang buku, “No Doubt: Finding Certainty in a Age of Uncertainty” iaitu Sheikh Fahad Tasleem.
Muhammad Azim berkata Sheikh Fahad telah menyumbang secara signifikan kepada penyebaran ilmu Islam melalui pendekatan inovatifnya terhadap dakwah, amalan mengajak orang ramai untuk memahami Islam menggunakan metodologi berasaskan hujah-hujah rasional, bukti kitab suci dan pemikiran kritis, sekali gus ia menjadikan pembentangan beliau merangsang secara intelektual dan memperkaya rohani.
“Ia berkaitan dengan sesi perkongsian daripada Sheikh Fahad tentang dalam dakwah ni dia ada salah satu cara untuk kita boleh berdakwah.
“Selain daripada kita gunakan Al-Quran ataupun kitab-kitab agama, kita boleh guna juga logical dengan rational explanation… Penjelasan secara rasional dengan logical.
“Sheikh Fahad pakar dalam explain tentang penggunaan cara berdakwah menggunakan rational dengan logical.
“Jadi, dalam kes ni dia akan berkongsi tentang sejauh mana kita boleh guna logical dengan rational explanation dan apa dia punya limitasi, apa dia punya kekangan kekurangan dia, kelebihan dia dan sebagainya,” katanya kepada The Merdeka Times di sini pada Isnin.
Program itu akan berlangsung pada 28 November ini di Dewan Sheikh Hussain Yee, MRM di sini bermula pada jam 8.30 malam dan ia diadakan secara percuma serta terbuka kepada semua kelompok, namun tempat duduk disediakan adalah terhad.
MRM merupakan sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) yang berperanan untuk menfokuskan mengenai ajaran Islam yang sebenar dan mendidik mereka yang baru memeluk agama Islam.
Ia ditubuhkan pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung pada 2014 di mana pendekatan digunakan MRM juga banyak membantu orang bukan Islam lebih memahami Islam.
Selain berperanan sebagai NGO berteraskan Islam, MRM juga dikenali sebagai pertubuhan yang banyak memberi sumbangan kepada mereka memerlukan.
Untuk maklumat lanjut mengenai program Khamis ini anda boleh menghubungi talian 011-10500414 atau tinggalkan pesanan di laman Facebook Multiracial Reverted Muslims- MRM. — The Merdeka Times