Antarabangsa
Stesen radio pecat wartawan, ganti dengan hos AI di Poland
- Sebuah stesen radio di Poland berdepan kritikan selepas meneruskan siarannya dengan hos (juruhebah radio) yang dijana kecerdasan buatan atau AI berikutan pemecatan wartawannya.
- Stesen “OFF Radio Krakow” di Krakow, Poland, menyambung semula penyiaran minggu selepas stesen radio itu memberhentikan wartawannya dan menggantikan mereka menggunakan projek AI.
- “Dalam percubaan ini, di mana watak yang dicipta oleh kecerdasan buatan adalah wartawan, tujuannya adalah untuk meneroka sama ada teknologi ini adalah ancaman atau peluang untuk radio, media dan kewartawanan,” kata kenyataan Off Radio Krakow dipetik agensi berita Anadolu pada 23 Oktober lalu.
- Mateusz Demski, bekas hos di “OFF Radio Krakow” telah melancarkan petisyen sebagai tindak balas kepada projek itu yang setakat berita ini ditulis menerima lebih 15,000 tandatangan.
- Pemilik stesen radio itu, Marcin Pulit menyatakan wartawan tidak diberhentikan kerana projek AI, tetapi kerana jumlah pendengar stesen radio itu yang “hampir sifar”.
Sebuah stesen radio di Poland berdepan kritikan selepas meneruskan siarannya dengan hos (juruhebah radio) yang dijana kecerdasan buatan atau AI berikutan pemecatan wartawannya.
Stesen “OFF Radio Krakow” di Krakow, Poland, menyambung semula penyiaran minggu selepas stesen radio itu memberhentikan wartawannya dan menggantikan mereka menggunakan projek AI.
Stesen radio itu dalam satu kenyataan berkata siaran akan diteruskan dengan hos yang dijana AI.
“Dalam percubaan ini, di mana watak yang dicipta oleh kecerdasan buatan adalah wartawan, tujuannya adalah untuk meneroka sama ada teknologi ini adalah ancaman atau peluang untuk radio, media dan kewartawanan,” kata kenyataan Off Radio Krakow dipetik agensi berita Anadolu pada 23 Oktober lalu.
Mateusz Demski, bekas hos di “OFF Radio Krakow” telah melancarkan petisyen sebagai tindak balas kepada projek itu yang setakat berita ini ditulis menerima lebih 15,000 tandatangan.
Menggunakan hos dijana AI di stesen itu akan “membawa kepada mesin menggantikan pekerja berpengalaman dalam sektor media,” kata Demski.
Pemilik stesen radio itu, Marcin Pulit menyatakan wartawan tidak diberhentikan kerana projek AI, tetapi kerana jumlah pendengar stesen radio itu yang “hampir sifar”.
Insiden itu mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri Poland dan Menteri Hal Ehwal Digital, Krzysztof Gawkowski yang dilaporkan berkata di X bahawa, “walaupun saya peminat pembangunan AI, beberapa sempadan semakin dilangkaui. AI harus digunakan untuk orang ramai, bukan menentang mereka”. – The Merdeka Times