Connect with us

Terkini

(VIDEO) Taliban bimbang pengaruh silibus barat, belum benarkan pelajar wanita ke sekolah

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ‘Childrity’, Farah Lee

KUALA LUMPUR — Pemerintah Taliban di Afghanistan belum membenarkan anak-anak perempuan ke sekolah disebabkan khuatir dengan pengaruh barat dalam silibus pendidikan di negara itu susulan ‘pencerobohan’ Amerika Syarikat (AS) sebelum ini.

Pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ‘Childrity’, Farah Lee berkata pemerintah Taliban ingin memperkuatkan akidah anak-anak perempuan ini terlebih dahulu kerana mereka tahu kaum hawa lebih mudah dipengaruhi berbanding kaum lelaki.

Beliau berkata dapatan itu berdasarkan pandangan penduduk tempatan tentang mengapa pemerintah Taliban dilihat belum membenarkan pelajar perempuan (sekolah menengah dan ke atas) ke sekolah.

Katanya, AS sebelum ini dikatakan kononnya ingin menyelamatkan dan membangunkan  Afghanistan, sebenarnya membawa ‘penyakit’ seperti ketagihan alkohol, penagih dadah dan sebagainya hingga tahap masyarakat di sana kelihatan seakan-akan ‘zombie’, mabuk dan khayal (merujuk kepada penagih dadah).

Masa US invasion dia orang cakap, “Oh bagus sangat aku ni masuk Afghanistan nak tolong”. 

“Jadi bila Taliban take over… inilah yang Taliban perlu ubati. They had to be extreme untuk terus limit alkohol, limit drugs untuk jaga anak-anak ni yang dah terikut dengan US punya ni, nak jaga dia orang punya mindset balik tu. 

So back to the education punya aspect tadi tu, kenapa not yet untuk anak-anak perempuan ni sambung pelajaran selepas (berusia) 12 tahun ke atas ni adalah disebabkan dia orang nak betul-betul kuatkan dulu akidah anak-anak perempuan ni sebab dia tahu yang lebih senang terpengaruh adalah wanita,” kata Farah menerusi podcast terbaru Garis Krisis (GK) bersama Syed Azwan yang bersiaran di Youtube The Merdeka Times setiap Sabtu jam 8.30 malam.

Episod sulung podcast atau audio siar terbitan Studio Merdeka itu mengupas topik, “Adakah Taliban menindas wanita Afghanistan?” turut menampilkan petugas kemanusiaan, Lila Ruzaini Hussain sebagai panelis dan dihoskan oleh wartawan & aktivis kemanusiaan, Syed Azwan Syed Ali.

Podcast GK membawa kelainan kerana hos dan barisan panelis ditampilkan adalah mereka yang pernah berada di garisan krisis yang diangkat dalam setiap episod, misalnya Afghanistan, untuk mereka bertukar-tukar pandangan dan perspektif isu diketengahkan.

Pada Oktober lalu, Farah Lee dan Lila masuk ke Afghanistan dan menjalankan kerja-kerja kemanusiaan di Mazar-e-Sharif dan Baghlan, antara lain menyampaikan bantuan makanan dan projek “Kampung Malaysia” Childrity di Baghlan, terletak lebih 10 jam perjalanan darat dari Kabul. –– The Merdeka Times

Untuk menyokong kerja-kerja kemanusiaan Childrity (Pertubuhan Kebajikan FL) boleh menyumbang ke akaun berikut: CIMB 860-507-6611.



 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *