Connect with us

Terkini

Acara bukan sukan, termasuk konsert jana lebih pendapatan daripada acara sukan

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh
  • Kutipan hasil sewaan venue atau tempat bagi penganjuran acara bukan sukan, termasuk konsert, jauh lebih tinggi iaitu empat kali ganda daripada hasil sewaan acara sukan. 
  • Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata sebanyak RM8.5 juta direkodkan hasil sewaan venue bagi 54 penganjuran acara bukan sukan setakat Oktober lalu, manakala bagi tempoh sama hasil sewaan venue bagi acara sukan adalah RM2.147 juta melibatkan 26 penganjuran di Kuala Lumpur Sports City (KLSC).
  • Ini menjadikan jumlah keseluruhan kutipan hasil sewaan venue sehingga Oktober adalah sebanyak RM10.647 juta dan hasil tahun ini merupakan hasil paling tinggi yang pernah direkodkan oleh Kuala Lumpur Sports City,katanya di Dewan Rakyat di sini pada Selasa.
  • Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Khoo Poay Tiong (Kota Melaka) yang meminta beliau menyatakan apakah usaha kementerian dalam meningkatkan hasil negara melalui penganjuran lebih banyak konsert dan menjadikan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai fasiliti pelbagai guna bertaraf dunia.

KUALA LUMPUR — Kutipan hasil sewaan venue atau tempat bagi penganjuran acara bukan sukan, termasuk konsert, jauh lebih tinggi iaitu empat kali ganda daripada hasil sewaan acara sukan. 

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata sebanyak RM8.5 juta direkodkan hasil sewaan venue bagi 54 penganjuran acara bukan sukan setakat Oktober lalu, manakala bagi tempoh sama hasil sewaan venue bagi acara sukan adalah RM2.147 juta melibatkan 26 penganjuran di Kuala Lumpur Sports City (KLSC).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kutipan hasil sewaan venue sehingga Oktober adalah sebanyak RM10.647 juta dan hasil tahun ini merupakan hasil paling tinggi yang pernah direkodkan oleh Kuala Lumpur Sports City.

Kementerian Belia dan Sukan sentiasa memastikan Perbadanan Stadium Malaysia iaitu agensi bertanggungjawab dalam pengurusan venue di Kuala Lumpur Sports City diurus dan diselenggara supaya dapat dimanfaatkan secara optimum,katanya di Dewan Rakyat di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Khoo Poay Tiong (Kota Melaka) yang meminta beliau menyatakan apakah usaha kementerian dalam meningkatkan hasil negara melalui penganjuran lebih banyak konsert dan menjadikan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai fasiliti pelbagai guna bertaraf dunia.

Hannah yang juga Ahli Parlimen Segambut mendedahkan kutipan hasil penganjuran acara mengikut lokasi venue membabitkan acara sukan dan acara bukan sukan.

Bagi acara sukan, Stadium Nasional Bukit Jalil dengan kapasiti 85,000 tempat duduk menjana RM1.197 juta,  Axiata Arena yang boleh memuatkan 13,000 orang membawa masuk RM875,000 dan Stadium Hoki Nasional dengan kapasiti 15,000 hingga 20,000 orang mengutip RM75,000.

Bagi acara bukan sukan mengikut tempat, Hannah berkata Stadium Nasional Bukit Jalil menjana RM1.8 juta, Axiata Arena membawa masuk RM6.4 juta, sementara Stadium Hoki Nasional yang telah digunakan untuk konsert juga menjana RM210,000.

Katanya, Stadium Hoki Nasional telah menerima 26 tempahan untuk penganjuran konsert pada tahun depan dan ia sekali gus meningkatkan jumlah konsert yang diadakan.

“Saya telah mengadakan perbincangan dengan concert operator, 16 syarikat dan mereka telah menyatakan bagaimana mereka mahu membawa masuk banyak artis dan Malaysia mempunyai keunikan ini. 

“Walaupun kita tak dapat Taylor Swift, tetapi kerana kepelbagaian masyarakat di sini, kita ada artis dari Hong Kong, China, artis Hindustan, artis Tamil, Indonesia, artis Melayu tempatan, Korea, Japan, Europe, UK, US, pelbagai kerana market nya besar di sini.

“Oleh sebab itu, melalui engagement dengan concert operator, mereka telah nyatakan mereka mahu book lebih tetapi dah penuh dan mereka tak tahu siapa yang telah book. Jadi, mereka rasa ini kurang telus kerana itu kita akan buat pendigitalan.

Untuk makluman semua,  tempahan untuk Axiata Arena untuk tahun depan sudah penuh sehingga penghujung tahun. Market itu ada.

“Oleh sebab itu kita kena tengok bagaimana kita boleh mewujudkan satu seimbang (balance) untuk pastikan sukan juga kita bangunkan, konsert juga kita bangunkan kerana mendatangkan hasil kepada negara. Jadi soalannya, pendigitalan,” kata Hannah. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *