Connect with us

Terkini

Kadet “ditekap seterika”: Bukan buli atau dendam sebaliknya gurauan melampau

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa
  • Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata siasatan mendapati tiada unsur dendam dan pergaduhan dalam kejadian itu.
  • “Sebaliknya, kejadian berlaku tanpa motif apabila suspek bertanya kepada mangsa sama ada pernah cuba atau tidak (seterika) yang panas.
  • “Tiada motif sebenarnya, tidak ada dendam, pergaduhan atau buli. Hanya bergurau, nak kata ‘ragging’ tak juga, itu bukan ‘ragging’.
  • “Bila ada benda-benda berbahaya seperti senjata atau barang panas jangan sesekali bermain (bergurau), ini kali pertama mangsa kena,” katanya dipetik Harian Metro pada sidang media selepas merasmikan program pendekatan kesedaran kes jenayah seksual dan penipuan dalam talian, di Dewan Serbaguna Taman Tasik Metropolitan Kepong di KL pada Selasa.
  • The Merdeka Times (TMT) dalam laporan eksklusif pada Rabu lalu dengan memetik sumber mendedahkan kes terbaru seorang pegawai kadet tahun dua di Akademi Latihan Ketenteraan UPNM disyaki dibuli dan didera seorang seniornya dengan menggunakan seterika ditekap di bahagian dada sehingga meninggalkan kesan lecur.
  • TMT yang turut melihat foto mangsa terus menerbitkan berita itu bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku sepertimana kes pada 2017, negara digemparkan dengan insiden sadis membabitkan seorang pegawai kadet laut UPNM yang menemui ajal selepas dibuli, dipukul dan diseksa dengan kejam apabila hampir keseluruhan anggota badannya berulang kali ditekap menggunakan seterika wap selepas beliau dituduh mencuri sebuah komputer riba.

KUALA LUMPUR — Motif insiden pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) adalah bersifat gurauan keterlaluan dan berlaku secara tiba-tiba.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata siasatan mendapati tiada unsur dendam dan pergaduhan dalam kejadian itu.

“Sebaliknya, kejadian berlaku tanpa motif apabila suspek bertanya kepada mangsa sama ada pernah cuba atau tidak (seterika) yang panas.

“Tiada motif sebenarnya, tidak ada dendam, pergaduhan atau buli. Hanya bergurau, nak kata ‘ragging’ tak juga, itu bukan ‘ragging’.

“Bila ada benda-benda berbahaya seperti senjata atau barang panas jangan sesekali bermain (bergurau), ini kali pertama mangsa kena,” katanya dipetik Harian Metro pada sidang media selepas merasmikan program pendekatan kesedaran kes jenayah seksual dan penipuan dalam talian, di Dewan Serbaguna Taman Tasik Metropolitan Kepong, di sini, pada Selasa.

Rusdi berkata kertas siasatan berhubung kejadian itu sudah diserahkan Jabatan Peguam Negara dan pihaknya sedang menunggu arahan lanjut.

“Laporan perubatan masih belum peroleh. Laporan perubatan boleh digunakan oleh siasatan dan pendakwaan untuk buat apa apa keputusan awal.

“Tapi setakat ini kita belum terima namun itu tidak menghalang untuk kita katakan kertas siasatan sudah lengkap,” katanya.

Mengulas berhubung tiada tangkapan dilakukan, Rusdi berkata tiada keperluan tangkapan dilakukan kerana pihaknya sudah memperoleh bahan bukti dan keterangan daripada semua yang terbabit.

“Ia bergantung kepada kes, tangkapan dalam apa-apa sahaja siasatan tidak semestinya ditangkap pada masa itu, boleh juga ditangkap dan terus tuduh di mahkamah,” katanya.

The Merdeka Times (TMT) dalam laporan eksklusif pada Rabu lalu dengan memetik sumber mendedahkan kes terbaru seorang pegawai kadet tahun dua di Akademi Latihan Ketenteraan UPNM disyaki dibuli dan didera seorang seniornya dengan menggunakan seterika ditekap di bahagian dada sehingga meninggalkan kesan lecur.

TMT yang turut melihat foto mangsa terus menerbitkan berita itu bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku sepertimana kes pada 2017, negara digemparkan dengan insiden sadis membabitkan seorang pegawai kadet laut UPNM yang menemui ajal selepas dibuli, dipukul dan diseksa dengan kejam apabila hampir keseluruhan anggota badannya berulang kali ditekap menggunakan seterika wap selepas beliau dituduh mencuri sebuah komputer riba.

Liputan TMT itu tular di media sosial dan mendapat perhatian segera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengeluarkan kenyataan media bahawa siasatan sedang dilakukan dan tindakan akan diambil ke atas pelaku, jika terbukti, tanpa sebarang kompromi. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *